Tak perlu kayuh tempat pelik-pelik, rupanya Putrajaya spot 'syurga' berbasikal


  • Hobi
  • Isnin, 21 Jul 2025

Pastikan ada memakai pakaian yang sesuai dan mematuhi undang-undang jalan raya ketika melakukan sukan berbasikal.

AKTIVITI berbasikal kini menjadi menjadi hobi semua lapisan masyarakat dan anda tak perlu kayuh di tempat pelik-pelik. Buat anda yang tinggal di ibu negara, Putrajaya merupakan spot 'syurga' berbasikal.

Lokasi ini boleh dianggap selamat dan mendamaikan bagi penggemar kayuhan basikal, terutamanya mereka yang sudah berkeluarga.

Ini adalah tiga lokasi menarik untuk anda berbasikal:

BACA LAGI: Sungkai bukan sekadar hutan, ini 3 tempat wajib singgah jika berkonvo

BACA LAGI: Spookers rumah hantu paling seram, boleh kena culik

1. Ayer@8 

Lokasi ini terletak di tepi tasik diinspirasikan dari Promenade@8 di Venice, Itali. Menariknya kawasan ini terletak berhadapan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Jika anda berkayuh pada waktu petang, sudah pasti anda dapat melihat matahari terbenam dari celah kubah masjid.

 

2. Taman Saujana Hijau

Taman ini terletak di Presint 11 dengan laluan berbukit. Terdapat dua zon kayuhan iaitu di Taman Eropah dan Taman Oriental.

Taman Eropah terletak di kawasan bukit yang menawarkan pemandangan indah Putrajaya. Taman di kawasan itu tidak ubah seperti di negara Eropah.

Taman Oriental itu dihiasi pokok tropika dan mempunyai kawasan rehat sesuai untuk anda berkayuh pada waktu pagi.

 

Salah satu spot terkenal di Putrajaya.

3. 7-Bridges Walk

Tahukah anda di Putrajaya terdapat tujuh trek jambatan berbasikal? Tujuh trek itu ialah Jambatan Seri Gemilang (Presint 4 ke PICC) dengan laluan berbentuk busur, Jambatan Seri Setia (Presint 4 ke Presint 19), laluan berbentuk lancet-arch dan Jambatan Seri Saujana (Presint 7 ke Presint 4) yang berbentuk kombinasi cable‑stayed  dan through‑arch. 

Jika anda inginkan pemandangan lebih indah, anda boleh melalui Jambatan Seri Wawasan (Presint 2 ke Presint 8) kerana laluannya berbentuk futuristik ala layar kapal diikuti Jambatan Putra (Presint 1 ke Presint 2) dengan laluan diinspirasi dari Khaju Bridge Iran manakala di Jambatan Seri Bakti (Presint Utara ke Presint 16, laluannya berbentuk Super‑T beam dengan dua lorong kereta, laluan pejalan kaki dan basikal. 

 

This ceremonial bridge connects the Heritage Square with the Putrajaya International Convention Centre. Spanning nearly 233m in lenght, the bridge is one of the most popular spots for photography in Putrajaya. The most dominant feature of the bridge is its four distinctive towers which are visible from a distance. Specially designed street lamps light up the bridge at night.

Salah satu Jambatan 7-Bridges Walk yang popular dalam kalangan pangayuh basikal.

Akhir sekali, Jambatan Seri Bestari (Presint 16 ke Core Island) iaitu laluan berbentuk busur mendatar.

Namun, dalam keghairahan anda berbasikal jangan sesekali alpa dengan faktor keselamatan. Pastikan ada memakai pakaian yang sesuai dan mematuhi undang-undang jalan raya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram