
DI Malaysia, aktiviti berkayak merupakan rekreasi sukan air yang makin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan destinasi pilihan untuk melakukan aktiviti itu antaranya di Tasik Raban di Lenggong, Perak, Sungai Hutan Paya Bakau Kubang Badak di Langkawi, Pantai Tanjung Aru di Sabah.
Namun, untuk merasai cabaran ekstrem dalam melakukan aktiviti ini, pilihan yang tepat adalah dengan berkayak di celah-celah bongkah ais seperti di Nuuk, Greenland.
Pada musim panas di Nuuk, aktiviti ini menjadi pilihan komuniti setempat bahkan pelancong dari seluruh pelosok dunia turut menyertai aktiviti tersebut.
BACA LAGI: Proses pengimbas badan lambat? Ini perkara yang sering penumpang lupa
BACA LAGI: Transformasi istana lama Belanda jadi tumpuan pelancong dunia
Selain berkayak mengelilingi bongkah ais mereka diuji dari segi kecekapan menangkap hasil laut.
Melihat kepada potensi sukan air itu yang semakin berkembang dan tersenarai dalam kalender pelancongan, Persatuan Kayak Greenland mengambil inisiatif menganjurkan Kejohanan Berkayak Kebangsaan Greenland secara tahunan.
Kejohanan tahunan itu bukan sahaja memaparkan kecekapan mengendali kayak tetapi, ia menjurus kepada membudayakan sukan kayak ini dalam kalangan komuniti setempat.
Setiap tahun, lebih 100 peserta dalam kalangan komuniti setempat akan menyertai kejohanan ini termasuk dari Denmark, Jepun dan Amerika Syarikat.
Selain berkayak mengelilingi bongkah ais yang sempit, mereka juga diuji dari segi kecekapan menangkap hasil laut.
Lebih mengujakan, peserta dapat menikmati pemandangan bongkah ais, menerokai fiord sejenis lembah dalam dan sempit yang terbentuk akibat hakisan glasier dan memerhati hidupan liar di Artik dalam habitat semula jadi.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram