Susun kasut nampak remeh tapi cerminan peribadi


  • Relaks
  • Isnin, 16 Jun 2025

Ikuti video lanjut dalam segmen PSA di Majoriti.

SUSUN kasut? nampak macam remeh tapi tahukah anda tabiat menyusun kasut di rumah merupakan cerminan peribadi seseorang individu, apatah lagi dirumah.

Penyusunan kasut yang rapi sama ada di lantai atau di rak kasut adalah amalan asas kebersihan dan disiplin diri yang harus dipupuk daripada kecil.

Amalan ini bukan sahaja harus dibuat di rumah malah di  tempat ibadah juga tidak terkecuali terutama bagi mengelakkan kasut atau selipar bertukar tuan atau terpijak.

BACA LAGI: Rumah tradisional nelayan hiasi Pantai Kampung Jambu Bongkok

BACA LAGI: Cari alatan, pakej lesen aktiviti menyelam? MIDE beri anda 1001 pilihan

 

Kasut bersepah lambang kepribadian tuan rumah.

Perbuatannya amat mudah tetapi ada aturannya. Ketika menyusun kasut kita harus mengelakkan menyusun kasut terlalu rapat dan seeloknya kasut-kasut itu dipisahkan sedikit atau mengikut amalan orang dahulu kala salah satu kasut harus disusun secara terbalik bagi mengelakkan gangguan dari 'benda' yang tidak kelihatan, terutama ketika di tempat umum seperti hotel. 

Berikut adalah beberapa tips tambahan:

  • Susun mengikut pasangan: Pastikan kasut kanan dan kiri diletakkan berdekatan untuk memudahkan ia disarung 
  • Gunakan rak kasut: Rak kasut membantu menjaga kebersihan dan kelihatan kemas dan rapi
  • Elakkan menyusun kasut di tempat lalu lalang: Ini dapat mengelakkan daripada tersandung atau kasut terpijak
  • Bersihkan kasut sebelum disimpan: Ini akan memastikan kasut sentiasa dalam keadaan baik dan bersih. 

Nampak mudah bukan, tapi percayalah tindakan kecil ini mampu mengubah kepribadian diri ketika masuk ke dalam rumah sendiri atau ke rumah orang. 

Ikuti video lanjut dalam segmen PSA di Majoriti. —Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram

Jepun, adab, budaya, hormat, rumah, kediaman, harmoni