[VIDEO] DIY perabot usang kini jadi hobi mahal


  • Hobi
  • Khamis, 19 Jun 2025

Tik Tok dikenali Nor Fadilah DIY Crafter menggunakan perabot lusuh dan rosak diperbaharui dengan sentuhan kreativiti.

PERABOT lusuh, rosak atau usang kini bukan lagi dianggap sampah atau menyemak jika disimpan di rumah.

Kini, perabot-perabot yang layak untuk dibuang di perbaharui secara DIY (Do It Yourself) dan menjadi hobi baharu terutama buat suri rumah.

Malah, ia menimbulkan keseronokan kerana mendapat sentuhan peribadi dan menjimatkan kos.

BACA LAGI: Rumah tradisional nelayan hiasi Pantai Kampung Jambu Bongkok

BACA LAGI: [VIDEO] Musim candat sotong di perairan Pantai Timur 'syurga' buat kaki pancing

 

Tik Tok dikenali Nor Fadilah Crafter.

Dalam segmen Hobi kali ini, Tik Tok dikenali Nor Fadilah DIY Crafter, memuat naik konten DIY, bagaimana wanita ini menggunakan perabot lusuh dan rosak diperbaharui dengan sentuhan kreativiti dan hasilnya menjadi satu produk baharu yang menarik.

Satu video yang menarik perhatian apabila Nor Fadilah menggunakan perabot lama seperti kerusi lama patah dan akhirnya dijadikan rak meletak barang memasak.

“Sayang betul kerusi lama ini, banyak yang dah reput, jadi kita buka dan ambil kayu mana yang masih boleh dipakai lagi dan dibuat semula. Salah satu bahagian kayu itu boleh para di dapur. Gunakan paku, glu dan apa saja yang ada,” katanya menerusi sebuah hantaran di video,” katanya menerusi video tersebut.

 

Kayu kerusi yang diolah menjadi rak di dapur.

Bagi seorang tukang kayu yang mahu dikenali sebagai Malip Azhar berkata, pertukangan secara DIY boleh dijadikan hobi yang menguntungkan kerana boleh menjimatkan.

“Saya memang galakkan orang belajar buat perabot sendiri dengan guna barang terpakai, nak buat DIY perabot tak perlu pun peralatan mahal untuk permulaan, cukup sekadar gergaji dan paku saja dulu.

“Ini tidak, rosak sikit buang. Sikap yang macam ini kita jangan ikut kerana ada banyak benda yang boleh dibuat dengan kayu-kayu yang dah patah itu,” ujarnya.

Namun, disebalik keghairahan kaki hobi DIY ini, Malip menasihati perabot yang diperbaharui itu tidak dilakukan dalam skala besar kerana dikhuatiri tidak kukuh.

“Hobi DIY ni boleh jadi ketagihan sebab kita dapat lihat hasil rekaan kita, jadi sebelum kita nak buat DIY, kita kena tengok dulu struktur perabot atau kayu-kayu yang digunakan itu selamat atau dah reput," katanya.

Buat anda yang mempunyai hobi DIY terutama perabot, pastikan barangan terbuang itu selamat untuk digunakan dan hobi ini sebenarnya amat bermanfaat dalam penjimatan kos tatkala keadaan ekonomi kita yang tidak menentu ketika ini.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram

 

 

tukang kayu, DIY, perabot, kerusi, patah, kayu,