[VIDEO] Homestay rumah panjang kepala tengkorak, tiada istilah mistik atau diganggu


  • Relaks
  • Khamis, 12 Jun 2025

Keunikan Kampung Annah Rais juga telah diangkat sebagai Kampung Warisan Budaya dalam usaha untuk memelihara identiti budaya dan warisan sejarah komuniti Bidayuh

TIADA apa yang patut ditakuti jika anda menginap di inap desa rumah panjang di Sarawak walaupun terdapat kepala tengkorak bergantungan.

Rumah panjang merupakan seni binaan tradisional dan memiliki budaya tersendiri yang kebanyakannya dibina berdekatan sungai.

Jika anda ke negeri Bumi Kenyalang itu, apa kata singgah ke sebuah Kampung Annah Rais untuk menyelami pengalaman rumah panjang Bidayuh di daerah Padawan, Sarawak.

BACA LAGI: Jangan anggap lapah daging korban boleh bawa balik bahagian tertentu

BACA LAGI:  Rumah tradisional nelayan hiasi Pantai Kampung Jambu Bongkok

Tarian tradisonal antara aktivti diadakan setiap kali tetamu hadir di inap desa tersebut.

Menerusi hantaran di Facebook Otinsuka, Kampung Annah Rais dijadikan lokasi inap desa buat mereka yang ingin merasai sendiri suasana tidur di rumah panjang.

Seni bina inap desa menggunakan rotan dan terdapat hiasan dalaman seperti sumpit dan kain pua sebagai lambang kegemilangan Bumi Kenyalang.

Namun, lebih menarik di rumah inap desa itu juga terdapat tengkorak yang digantung di beberapa sudut yang menjadi simbol keberanian dan kewaspadaan bagi kaum bidayuh.

Keunikan Kampung Annah Rais juga telah diangkat sebagai Kampung Warisan Budaya dalam usaha untuk memelihara identiti budaya dan warisan sejarah komuniti Bidayuh oleh kerajaan negeri.

Suasana kawasan rumah panjang.

Bagi mengelakkan stigma bahawa rumah panjang ini memiliki 'penunggu' kerana terdapat tengkorak yang bergantungan, segmen Nomad kali ini mendapatkan pandangan dari pengusaha hinap desa dari kalangan orang Sarawak itu sendiri.

Pemilik homestay di Ibu Kota Kuala Lumpur, Josephine Anak Jordie, 36, berkata, kewujudan rumah panjang adalah langkah yang bagus untuk memberi ruang kepada mereka yang tidak merasai suasannya.

“Sebenarnya kewujudan homestay macam ini dah ada. Cumanya sebelum ini, masih belum ada pemilik yang nak buka kepada masyarakat luar.

“Sejak dua tiga tahun ini baru ada yang berani nak buka kepada masyarkat luar untuk membuka mata ramai orang yang ingat, rumah panjang itu adalah sebuah rumah yang ukuran dia panjang. Salah ya tanggapan itu.

"Di dalam rumah itu ada beberapa lagi jenis bilik dengan reka bentuk tertentu macam dekat ruang makan, bilik tidur ada banyak.

"Jangan risaulah, sekarang pun rumah panjang dah sedikit moden, budayanya juga dah ikut peredaran zaman sedikit. Jadi tidak adalah istilah rumah ini dipandang pelikatau tak selesa,” katanya yang juga merupakan anak jati Sarawak.

Tengkorang digantung lambang keturan pahlawan Sarawak.

Mengupas lanjut berkenaan kepala tengkorak yang digantung di kebanyakkan homestay di Sarawak, bagi Josephine ia merupakan lambang keturunan pahlawan yang harus dibanggakan.

“Saya sendiri juga ada gantung tengkorak di rumah di Serawak, bila orang datang tengok dan cakap ‘oh ini rumah keturunan pahlawan, benda itu jadi satu kebanggaanlah bagi kami untuk show off benda itu,” jelasnya ketika dihubungi.

Sementara itu, Adun Mambong yang juga berketurunan Bidayuh, Datuk Dr Jerip Susil berkata, semangat dan muafakat serta kerjasama masyarakat adalah penting.

Ia bagi memastikan pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan serta memberi manfaat kepada generasi akan datang.

“Pelancongan tidak boleh hanya bergantung kepada tarikan fizikal semata-mata. Kita mesti menawarkan pengalaman budaya yang tulen,” ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

 

 

 

Sarawak, Bidayu, tengkorak, homestay, bidayuh