
NEGERI Terengganu Darul Iman amat terkenal dengan keindahan pantai terutama Pantai Kampung Jambu Bongkok, Marang.
Segmen Nomad kali ini memaparkan keindahan pantai itu menerusi perkongsian dari akaun Tik Tok Oh MY Ganung yang mendapat perkongsian hampir 7,000 itu dan telah mendapat jumlah tontonan lebih daripada 500,000 berjaya menarik pengguna media sosial.
Pemiliki akaun tersebut dikenali sebagai Rahim berkata suasana kampung di Pantai Kampung Jambu Bongkok adalah original penempatan kampung tradisional nelayan yang terletak di Daerah Marang.
BACA LAGI: Jangan anggap lapah daging korban boleh bawa balik bahagian tertentu
BACA LAGI: [VIDEO] 'Ayam dan itik tak sah korban, bukan semua binatang 4 kaki kategori haiwan An'aam'
Laluan Pantai Kampung Jambu Bongkok.
“Dapat rasa ‘vibe’ orang lama macam rumah kayu, pondok-pondok orang lepak minum petang dan sebagainya.
“Dia tak ada elemen pemodenan yang kuat, tak ada bangunan besar, tak ada rumah batu dekat tepi-tepi pantai, jadi bila masuk situ rasa macam hidup zaman dahulu kala,” katanya.
Katanya lagi, dek kerana suasana kampung nelayan itu dapat dirasakan, ramai penduduk tempatan mendirikan homestay hingga menyebabkan pemandangan rumah-rumah kampung asli itu sedikit tertutup.
Jika anda merancang untuk ke Pantai Timur terutama menjengah ke Terengganu, pastikan Pantai Kampung Jambu Bongkok menjadi pilihan.
Pantai Kampung Jambu Bongkok ini hanya 52 kilometer dari Kuala Terengganu.—Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram