Inisiatif dilakukan bagi melupuskan kenderaan, Akmal pecahkan dua kategori


  • Relaks
  • Rabu, 11 Jun 2025

Ikuti kupasan lanjut dalam segmen Duduk Sembang di Majoriti

PADA Isnin lalu, kemalangan bas di Lebuhraya Gerik mengorbankan 15 orang pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan pada 13 Mei lalu pula, kemalangan tragis berlaku melibatkan sembilan anggota FRU maut trak yang dinaiki anggota FRU dan sebuah lori muatan batu. 

Kedua-dua kemalangan tragis itu amat terkesan di hati rakyat Malaysia. Siapakah yang harus dipersalahkan? atau adakah pemandukenderaan di negara ini mula 'hilang akal' sejurus memegang stereng kenderaan?.

Pengasas sebuah komuniti kereta Nochill, Akmal Mukhlis, 29, berkata, perkara utama perlu dititik beratkan ialah kesedaran keadaan di atas jalan raya.

 

 

BACA LAGI: Jangan anggap lapah daging korban boleh bawa balik bahagian tertentu

BACA LAGI: Rumah tradisional nelayan hiasi Pantai Kampung Jambu Bongkok

Nochill sebuah pertubuhan buat mereka yang berminat dengan dunia kereta modifikasi tanpa sebarang bentuk pemilihan kereta atau individu.

“Sebagai pemandu berpengalaman, amat penting untuk kita menjangka segala kemungkinan di atas jalan raya. 

“Malang memang tidak berbau, langkah pertama yang harus dan boleh lakukan adalah memastikan kenderaan kita berada dalam keadaan baik macam lampu dan brek, memang penting. 

“Tragedi yang berlaku di Gerik, perkara yang pertama yang bermain difikirkan saya semasa melihat video tersebut ialah kegagalan brek.

Namun katanya, perkara tersebut perlu diserahkan kepada pihak berwajib untuk melaksanakan siasatan terperinci kerana melibatkan nyawa. 

“Kita boleh mengandaikan dengan apa yang kita lihat, tapi adalah lebih baik pihak berkuasa menjalankan tugas. Jangan risau, saya percaya ramai yakin dengan apa yang dilihat di dalam video tersebut,” katanya.

Mengupas tentang dunia automotif dan kaki 'racer', Akmal yang yang berpengalaman lebih 12 tahun berjinak dalam dunia lumba berkata, setiap pemandu perlu mempunyai hubungan rapat dengan kenderaan yang dikenalikan.

"Kita kena tahu jentera yang dikendalikan kerana kita membawa nyawa bersama-sama, kita kena kenal kereta umpama isteri atau teman wanita," katanya.

Bagi Akmal setiap pemandu perlu mempunyai hubungan rapat dengan kenderaan yang dikenalikan.

Dalam usaha kerajaan membersihkan kereta lama, pelbagai inisiatif dilakukan bagi melupuskan kenderaan ini yang kebanyakannya tersadai di bahu jalan kawasan perumahan.

Anak jati Pulau Pinang ini turut menyokong usaha kerajaan dan sebuah syarikat pengeluar kereta tempatan yang memberikan insentif kepada pemilik kenderaan lama ini.

“Kepada mereka yang tidak tahu hendak buat apa dengan kereta yang rosak atau tak minat, benda ni satu inisiatif yang bagus dan tak merugikan. Tapi pada saya kalau minat kereta, you know what to do,” ujarnya sambil tersenyum.

Ikuti kupasan dan pengalaman Akmal yang bergelumang dalam dunia automotif dalam segmen Duduk Sembang di Majoriti.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

 

Nochill, kereta, komuniti, modifikasi, JDM, Automotif