
TREND terkini penglibatan remaja terhadap dadah berpunca daripada ibu bapa yang menekan anak untuk kepentingan diri sendiri.
Kenyataan ini disuarakan oleh Presiden Drug-Free Malaysia, Dr Khai Aziz dalam program Duduk Sembang terbitan Majoriti sempena bulan Peringatan Anti Dadah Kebangsaan.
Menurutnya, gejala dadah dalam kalangan remaja dilihat sebagai masalah serius dan perlu dibendung segera terutama dengan perkembangan teknologi terkini seperti penularan vape dan dadah jenis sintetik.
BACA LAGI: Rumah tradisional nelayan hiasi Pantai Kampung Jambu Bongkok
BACA LAGI: [VIDEO] Musim candat sotong di perairan Pantai Timur 'syurga' buat kaki pancing
Pejuangan Dr Khai mencipta komuniti yang bebas dadah melalui dunia muzik.
Namun, segalanya bermula di rumah dengan berlandaskan faktor latar belakang keluarga.
"Bukan setakat faktor kawasan perumahan, tekanan hidup sama ada dari pada keluarga elit atau miskin turut menjadi punca masalah ini menular, malah sifat narsisistik ibu bapa menjadi punca besar anak-anak mencari ‘kebahagian’ sendiri di luar.
“Sifat narsisistik ibu bapa yang mengongkong atau menetapkan ketentuan hidup seperti menekan anak-anak untuk belajar dan meletakkan target yang tinggi untuk mendapat keputusan yang cemerlang secara melampau juga menjadi sebahagian daripada faktor ini, katanya.
Beliau menambah, tekanan-tekanan ini menjadi pemula episod anak-anak terpengaruh dengan rakan dan adakalanya individu yang memengaruhi anak-anak terutama remaja tidak pernah kenal antara satu sama lain.
“Mereka sendiri yang mencari orang-orang yang memberi dadah ini, mula dari rokok, lepas itu pil, kemudian berpindah pula kepada sintetik sampailah sekarang dalam bentuk vape.
Bagi membendung dan mengawal keadaan ini, Dr Aziz menekankan pihak kerajaan perlu mewujudkan sebuah pusat pengumpulan remaja seperti di Iceland.
“Di sana, saya lihat mereka mewujudkan 'youth center' yang memfokuskan remaja untuk mengekspresikan diri mereka. Bukan sekadar melepak, tetapi ada pusat menari, bermain muzik, melukis dan banyak lagi.
“Terkawal dan dipantau sekali gus bebas dadah dan masa remaja ini terisi dengan aktiviti bersama rakan sebaya mereka,” ujarnya.
Kesibukan di 'youth center' ini menjadikan masa remaja terisi dengan aktiviti bersama rakan sebaya yang dicipta sendiri oleh mereka sekali gus menghindari remaja terjebak ke kawasan kotor dan jijik dengan dadah.
"Apa yang penting adalah pengawalan emosi mereka, percampuran sesama rakan sebaya, berkongsi minat yang sama dan bebas untuk berbicara tentang apa juga masalah yang mereka hadapi," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menggesa pihak bertanggungjawab menagani segera masalah dadah yang didakwa kian melarat dalam kalangan belia di negara ini.
Ikuti perkongsian lanjut tentang masalah remaja yang menghadapi situasi ibu bapa narsisistik sekali gus mendorong mereka terjebak dengan najis dadah dalam Duduk Sembang di Majoriti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram