Cari alatan, pakej lesen aktiviti menyelam? MIDE beri anda 1001 pilihan


  • Relaks
  • Jumaat, 13 Jun 2025

Tonton video lanjut dalam segmen ekplorasi@mj untuk melihat pelbagai barangan dan perlatan menyelam di Majoriti.

DUNIA selam skuba atau snorkeling umpama anda meneroka ke alam yang lain.

Peluang berada di dalam dunia ini bagaikan nikmat, apabila anda dapat melihat kebesaran Sang Pencipta.

Melihat jutaan spesies laut, seperti pelbagai jenis ikan, plankton, karang laut dan penyu amat mendamaikan. Namun, aktiviti ini bukan mudah untuk dinikmati.

BACA LAGI: Rumah tradisional nelayan hiasi Pantai Kampung Jambu Bongkok

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ayam dan itik tak sah korban, bukan semua binatang 4 kaki kategori haiwan An'aam'

Lebih 50 reruai disediakan dengan pelbagai acara air termasuk menawarkan diskaun hebat untuk peralatan selam skuba seperti sut menyelam, Fin, tong oksigen dan banyak lagi.

Eksplorasi@Mj pada kali ini membuka jalan untuk anda meneroka ke dunia selam skuba di Ekspo Menyelam Antarabangsa Malaysia (MIDE) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kual Lumpur.

Pameran yang berlangsung hingga 15 Jun ini menghimpunkan keseronokan menyelam, belayar, menaiki bot dan sukan air.

Lebih 50 reruai disediakan dengan pelbagai acara air termasuk menawarkan diskaun hebat untuk peralatan selam skuba seperti sut menyelam, Fin, tong oksigen dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, malah terdapat juga pakej kursus menyelam yang diiktiraf oleh Persatuan Instruktor Selam Profesional (PADI) pada harga yang berpatutan.

Jadi bagi anda yang berhasrat menjadikan aktiviti selam skuba sebagai hobi baharu atau tren gaya hidup, jangan lupa hadir ke pameran ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram