
GURU umpama ibu dan ayah di sekolah, memikul tanggungjwab mendidik anak-anak tanpa mengira apa jua bangsa, agama atau latarbelakang.
Kehebatan kasihnya seorang guru terserlah apabila tular sebuah video di TikTok, menyaksikan seorang cikgu berbangsa Melayu sedang berkomunikasi dalam bahasa Tamil bersama pelajarnya.
Menggunakan nama Devara di akaun media sosialnya itu, guru dari sebuah sekolah di Kelantan berkongsi video tersebut, atas tujuan ingin memperlihatkan caranya mengenali atau mendekatkan diri pelajar-pelajarnya yang berbangsa tamil.
BACA LAGI: [VIDEO] Ada yang anggap sampah, Cikgu Khalid hayati roh lukisan 'anak-anak syurga'
BACA LAGI: [VIDEO] Deruan enjin kembali gegarkan litar Sepang, perlumbaan Toyota GAZOO ubat rindu F1
Cikgu Devara yang sedang berkomunikasi dengan pelajarnya dalam bahasa Tamil.
“Inilah Malaysia yang kita suka lihat! Seorang guru Melayu menggunakan bahasa Tamil untuk bercakap dengan pelajar Indianya.
“Ia adalah paparan yang indah tentang bagaimana kita semua boleh menunjukkan kasih sayang dan rasa hormat, tidak kira latar belakang kita,” katanya menerusi kapsyen di sebuah media sosial di Facebook.
Rata-rata warga maya amat menyanjungi kebolehan guru tersebut yang boleh berbahasa tamil dengan lancar dan ramai yang mengalu-alukan untuk menjadikan cikgu tersebut sebagai contoh.
Tamkap layar komen pengikut di media sosial cikgu Devara.
Malahan, ramai yang menyokong dan ingin melihat cikgu berkenaan terus membuat perkongsian berbicara dalam bahasa Tamil dengan pelajar-pelajar yang lain.
“Susah jumpa Malay bila speaking tamil, selalu bahasa cina sahaja. Terbaik cikgu!” komen seorang pengikutnya di media sosial.
“Sebenarnya tak susah sangat bahasa Tamil. Tidak ada past atau present tense. Kalau tahu perkataan dah boleh buat ayat dengan mudah. Ini berdasarkan pengalaman sayalah.
“Keep it up cikgu, buat video tamil lagi,” komen seorang lagi.
Di sini turut memperlihatkan bahawa betapa bagusnya untuk kita mengambil bahasa ketiga dalam dunia pendidikan mahupun dalam industri pekerjaan. Ini kerana komunikasi tersebut boleh menghubungkan kita dengan pelbagai jenis bangsa dengan lebih meluas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram