
PEMAKAIAN tali pinggang keledar merupakan salah satu ciri keselamatan ketika berada di dalam kenderaan bergerak.
Kecuaian tidak memakai tali pinggang keledar menjadi punca utama pemandu mahupun penumpang mengalami cedera parah jika terlibat dalam sebarang kemalangan jalan raya.
BACA LAGI: [VIDEO] Ada yang anggap sampah, Cikgu Khalid hayati roh lukisan 'anak-anak syurga'
BACA LAGI: [VIDEO] Hobi kumpul Pokemon TCG jadi kegilaan, anak jati Kelantan sanggup labur jutaan ringgit
Namun, pemakaian tali pinggang ini sering kali dipandang remeh oleh sesetengah pemandu apabila mereka menggunakan 'dummy buckle' bagi mengelakkan sistem alarm di dalam kenderaan berbunyi sebagai tanda keselamatan.
Pengguna jalan raya dinasihatkan sentiasa memakai tali pinggang keledar walaupun jarak perjalanan yang dekat,
Pastikan ia dipasang melintangi bahagian dada dan pinggul dan sentiasa memeriksa tali pinggang keledar berfungsi dengan baik termasuk penumpang belakang ataupun kerusi sokongan untuk kanak-kanak.
Pastikan ia dipasang melintangi bahagian dada dan pinggul dan sentiasa memeriksa tali pinggang keledar berfungsi dengan baik.
Tidak memakai tali pinggang keledar adalah satu kesalahan trafik yang boleh dikenakan denda sebanyak RM300 manakala undang-undang pemakaian tali pinggang belakang berkuat kuasa pada 1 Januari 2009 melalui Kaedah-kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar)(Pindaan 2008) dan pesalah yang disabitkan boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram