[VIDEO] Deruan enjin kembali gegarkan litar Sepang, perlumbaan Toyota GAZOO ubat rindu F1


  • Relaks
  • Jumaat, 02 Mei 2025

Sepang bingit tanpa F1, aktiviti santai urban beri kepuasan tersendiri

KERINDUAN pencinta litar untuk mendengar deruman enjin jentera Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC), akhirnya terubat dengan kehadiran Toyota GAZOO Racing Malaysia, baru-baru ini.

Litar SIC yang suatu ketika dulu menjadi taruhan perlumbaan FI, Grand Prix A1, Grand Prix Motosikal dan sukan permotoran lain kini kembali bingit dengan pusingan pertama Vios Challenge 2025.

Bagaikan pesta pencinta kaki lumba atau 'mamat racing' berhimpun di litar yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 60 kilometer (km) dari arah selatan ibu kota Kuala Lumpur.

BACA LAGI: [VIDEO] Ada yang anggap sampah, Cikgu Khalid hayati roh lukisan 'anak-anak syurga'

BACA LAGI: [VIDEO] Hobi kumpul Pokemon TCG jadi kegilaan, anak jati Kelantan sanggup labur jutaan ringgit  

 

Antara aksi perlumbaan yang sengit di selekoh pertama.

Kehadiran mereka ke litar rekaan Hermann Tilke sepanjang 5,543 km bukan sahaja untuk melihat perlumbaan kereta tetapi lebih kepada 'reunion'.

Pelbagai lapisan masyarakat yang rata-ratanya golongan 'kayangan' meluangkan masa mereka menyaksikan aksi perlumbaan di litar bersejarah tersebut. 

Seramai 36 pelumba dari Malaysia, Thailand dan Singapura bertarung di laluan lurus yang dipisahkan dari pit dan diikuti oleh satu belokan yang amat tajam.

Babak potong memotong dipertonton membuatkan penonton teruja dan ghirah dari grandstand.

Pelanggaran, geseran, cucuk angin dan babak potong memotong dipertontonkan sekaligus meningkatkan adrenalin penonton yang teruja dengan sorak gempita dari grandstand.

Suhu litar yang terik tidak sedikit pun merencatkan penonton untuk pulang awal.

Pada perlumpaan itu tiga kategori utama dipertandingkan iaitu Super Sporting (profesional), Sporting (amatur), dan Rookie  yang terdiri daripada bakat-bakat muda di bawah Program Pembangunan Bakat Toyota GAZOO Racing Malaysia.

Sudah pasti, kategori Sporting antara menjadi tumpuan apabila pemandu berpengalaman, Datuk Ken Foo, hampir mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu sebelum dihimpit gelombang pemandu muda berbakat seperti Elson Lew, Brandon Ho, Mika Hakimi, Adam Mikail, Raja Amirul Syauqat, Taj Izrin Aiman dan Monai dari Thailand. 

Suhu litar yang terik tidak sedikit pun merencatkan semangat penonton untuk pulang awal apatah lagi perlumbaan bertambah sengit dengan beberapa siri kemalangan. 

Barisan pemenang-pemenang pusingan pertama Vios Challenge 2025. 

Kini, Litar SIC bukan sekadar trek prelumbaan tetapi litar yang penuh sejarah itu menjadi lokasi eksplorasi menarik buat warga kota, terutama mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan untuk bersantai.

Litar ini juga menjadi tarikan pelancong antarabanga sekaligus menghidupkan kembali nama Malaysia dalam kalender permotoran dunia.

Saksikan video lanjut suasana acara Toyota GAZOO Racing Malaysia dalam segmen Eksplorasi@Mj di channel YouTube Majoriti Official. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram