KELANTAN United FC (KUFC) terpaksa berputih mata apabila tewas 2-3 di tangan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam aksi Liga Super pada Isnin.
Ini sekali gus menyaksikan KDA FC mengutip sembilan mata hasil tiga kemenangan daripada empat perlawanan.
Sementara itu, KUFC pula berada di tangga tercorot apabila hanya mengutip satu mata, selain gagal meraih sebarang kemenangan daripada empat perlawanan.
Mengulas mengenai perlawanan itu, rata-rata penyokong KUFC dilihat agak kecewa dengan persembahan ditunjukkan pasukan tersebut.
Pemerhati sukan, Zuraimi Zukri berkata, corak permainan ditunjukkan KUFC dilihat pada musim lepas lebih tersusun berbanding musim ini.
"Musim ini tak terurus langsung. Anti graviti football.
"Dollah Salleh pun tak akan faham. Kau main bola ke main layang-layang ni. Sakit tengkuk nak dongak kepala," katanya menerusi laman Facebook.
KUFC tewas 2-3 ketika menentang KDA FC. — KUFC
Ujar Syam Along: "Musim lepas main Liga Perdana, tak sama main Liga Super nak game tersusun, susah kita dengan padang macam tu. Game Sri Pahang lagilah carca-marba cuma bezanya kualiti pemain."
Tulis Syafie Yusoff: "Hujung-hujung musim lepas lagi elok dari The Red Warriors (TRW) corak permainannya. Dapat draw dengan Johor Darul Takzim (JDT) di Kota Bharu bawah coach Suzaimi, tapi sekarang dah lain sangat. Dapat bola terus clear asal dapat."
Tambah Hyung Jack: "Kualiti pemain bermasalah. Ramai yang dah berumur dan tak agresif. Berlari pun macam malas je. Tiga lawan satu. Yang satu tu boleh menang bola. Tiga pemain KUFC try kepung pun tak jadi apa."
Dalam perlawanan seterusnya, KUFC dijadual bertembung dengan PDRM FC pada Sabtu ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram