Jangan terburu-buru 'LTK out', Perak FC patut ambil iktibar sejarah 'atok Weigang'


  • Podium
  • Isnin, 06 Mac 2023

Weigang beramah mesra bersama penyokong Perak pada 1998. — Agensi

PERLAWANAN pada Sabtu menyaksikan Perak FC dan Kelantan United FC (KUFC) masing-masing masih gagal mencapai misi kemenangan sulung dalam saingan Liga Super.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan itu, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 0-0.

Perak FC kini berada di tangga ke-12 apabila hanya mengutip dua mata dengan tiada sebarang kemenangan daripada ketiga-tiga perlawanan setakat ini.

Ini seterusnya menyaksikan rata-rata penyokong setia skuad The Bos Gaurus (TBG) kecewa, apatah lagi dengan pasukan tersebut sudah pun mendapatkan khidmat ketua jurulatih terkemuka, Datuk Lim Teong Kim.

D23BBFEA-82B9-4DAB-B4FE-CE1B6286E39C

Ada yang menggesa supaya Teong Kim digugurkan ketika ini. — Agensi

Teong Kim diharap mampu mengemudi Perak FC lebih baik pada musim ini berbanding musim lepas.

Namun, kegagalan skuad itu bagi merebut sebarang kemenangan menyaksikan segelintir penyokong menggesa beliau untuk digugurkan.

Pada masa sama, terdapat juga penyokong yang mahu Perak memberi lebih tempoh kepada Teong Kim untuk menerajui pasukan itu menjadi lebih baik.

334496334_227112896367681_7624625903729350139_n

Kain rentang memaparkan penyokong Perak mahu Weigang digugurkan sebagai ketua jurulatih pasukan itu pada suatu ketika dahulu. — Agensi

Selain itu, ada juga penyokong yang mendesak Perak FC untuk tidak melupakan kisah lalu yang mana melibatkan bekas ketua jurulatih mereka, mendiang Karl Heinz-Weigang.

Hidir Kumo berkata: "Mendiang atok Weigang kena dulu kalah satu perlawanan pun suruh dibuang, walaupun lepas tu dia menang dengan JDT (Johor Darul Takzim), sebelum tu selamatkan pasukan daripada tersingkir."

Tulis Fadzil Kamarudin: "Weigang dulu pun setahun lebih pegang Perak FA baru dapat bentuk pasukan yang baik dan juara Piala Malaysia 1998."

Tambah Zuraidi Che Amad: "Bangsa final dan kalut. Semua dok kata Weigang out, Mehmet (Mehmet Durakovic) out, YCL (Yusri Che Lah) out, Teong Kim out. Sepatutnya bangsa final ni out."

Untuk rekod, Weigang mula mengemudi Perak pada 1997 hingga 2000.

Bersama Perak, beliau membimbing pasukan itu untuk memenangi Piala Malaysia pada 1998 dan 2000.

Beliau juga melatih pasukan bola sepak kebangsaan Mali dan pasukan bola sepak kebangsaan Vietnam.

Beliau kembali ke Perak sebagai seorang jurulatih dan penasihat teknikal pada 2016 sebelum meninggal dunia pada 12 Jun 2017 gara-gara serangan jantung ketika berusia 81 tahun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram