JOHOR Darul Ta'zim (JDT) tampil sebagai kelab pertama dikunjungi oleh jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-Gon selepas diperkenalkan secara rasmi pada Khamis lalu.
Pengendali dari Korea Selatan itu bersama barisan kejurulatihannya melawat kemudahan JDT dan bertemu pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Sabtu.
Kunjungan Pan-Gon ke stadium berkenaan bagaimanapun menjadi sebutan oleh warganet, termasuk laman troller Pak Kob Tiki Taka, yang sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku.
"Seperti yang dijangkakan. Kim Pan-gon akan dibawa ke ibu negara FAMJ. Siapa kata Pak Kob fitnah? Kah!
"Sepatutnya bawak (bawa) ke Stadium Bukit Jalil. Jadi masih nak menafikan dakwaan tangan ghaib? Kalau kita jadi Pan Gon pun, kita akan tertanya.
"Ini stadium pasukan dia akan latih nanti ka ? Ini pusat latihan negara Malaysia ka? Kenapa aku dibawa ke sini? Pemilik tempat ni boss besar pasukan dia akan latih nanti ka? " soalnya.
Tambahnya, aktiviti pertama yang seharusnya dilakukan oleh jurulatih kebangsaan adalah dengan mengenali tempat kerjanya dahulu iaitu stadium utama negara Malaysia, yang juga akan mengumpulkan pasukan kebangsaan.
"Tapi ini bawak pi (pergi) tengok fasiliti kelab dulu. Kita pun pelik. Atas keperluan apa?" soalnya lagi.
TANGKAP layar komen netizen berhubung kunjungan Pan-Gon ke kelab JDT pada Sabtu.
Turut menghentam perkara itu, Nawawi Osman berkata, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sepatutnya membawa ketua jurulatih baharu melihat fasiliti yang ada untuk kemudahan skuad negara dan bukannya menunjuk fasiliti kelab lain.
"FAM ni okay ke tak sebenarnya ni?" soalnya.
Fredo Rafidi menulis: "Sepatutnya FAM kena bawa melawat semua stadium dan kenalkan pada team lain. Baru dia tahu erti penyesalan banyak team tak ada stadium sendiri,"
Ghaz Perak berharap sebaik sahaja kunjungan itu dilakukan, mereka terbuka hati unutk mewujudkan pusat yang lebih baik berbanding kelab JDT.
"Jangan pergi melawat nak pinjam tempat untuk latihan sudah la," katanya.
Ayol Nad's pula berkata, kunjungan itu tidak sepatutnya dilakukan di kelab tersebut.
"Ang (Anda) tak tahu ka ramai yang panas-panas hati tu. Satgi mula depa meroyan. Suruh depa balik cepat," katanya sinis.
Menyedari kunjungan itu bakal menerima kecaman orang ramai, Tunku Ismail tangkas memberi komen ringkas di laman Instagram ekorharimau.my: "Dah nama pun tangan ghaib,"
TANGKAP layar komen Tunku Ismail di laman Instagram.
Terdahulu, Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donell bersama Pan-Gon dan barisan kejurulatihannya melawat Pusat Latihan Kelab Bolasepak JDT di Padang Seri Gelam, Johor Bahru dan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri pada Sabtu.
Kunjungan tersebut adalah bagi melihat sendiri fasiliti dan kemudahan latihan dimiliki kelab tersebut, yang mana mereka telah diiringi oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards yang turut memberikan taklimat dan penerangan berhubung hal-hal berkaitan.
Turut serta, Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar.
Mereka juga berkesempatan untuk bertemu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, di Ibu Pejabat JDT dengan mantan Presiden FAM itu berkongsi bicara mengenai bola sepak termasuk mengenai peranan yang dimainkan oleh kelab dimilikinya itu dalam memajukan bola sepak di negara ini.
Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin turut serta dalam pertemuan dengan Tunku Ismail itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram