Inilah masalah bola sepak Malaysia — Teong Kim


  • Podium
  • Sabtu, 25 Dis 2021

TEONG Kim mengulas tentang perkembangan bola sepak Malaysia.

KEKALAHAN skuad Harimau Malaya dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 seperti sudah dijangka sejak awal pemilihan pemain lagi.

Dengan berbekalkan pemain yang kurang berpengalaman dan tidak mempunyai cukup minit permainan, penyokong tampaknya sudah menduga skuad kendalian Tan Cheng Hoe tidak akan pergi jauh.

Apatah lagi apabila pasukan negara diletakkan dalam kumpulan maut bersama juara bertahan, Vietnam dan lawan tradisi, Indonesia dalam Kumpulan B.

Kemenangan dua perlawanan awal ke atas Laos dan Kemboja seperti harapan palsu buat penyokong Malaysia untuk melihat skuad Harimau Malaysia sekali lagi menjulang Piala AFF yang kali terakhir dimenangi pada edisi 2010.

Tapi dua perlawanan berikutnya menentang Vietnam dan Indonesia, ternyata membuka pekung dan realiti sebenar masa depan bola sepak negara tampaknya semakin kelam meskipun program demi program dilaksanakan bagi memajukan sukan paling diminati itu.

Mengulas lanjut tentang 'barah' yang sedang dihidapi industri bola sepak negara, Lim Teong Kim ada hujahnya kenapa penyakit ini sukar diubati jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL) tidak melakukan perubahan dalam bola sepak Malaysia.

Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu berkata, prestasi Harimau Malaya dalam kejohanan kali ini tidak boleh mengambil kira faktor jurulatih sahaja tetapi perlu dilihat secara keseluruhannya.

Lebih penting lagi, penyokong perlu melihat dari awal iaitu pembangunan bola sepak itu sendiri, bukannya dalam satu-satu kejohanan sahaja.

National Coach Tan Cheng Hoe in the pre-match press conference before their 2022 World Cup-2023 Asian Cup Group G qualifying match against Vietnam at the My Dinh Stadium in Hanoi - PHOTO BY KAMARUL AKHIR / ASIANA.MY

TAN Cheng Hoe perlu lebih tegas dalam soal pemilihan pemain.

Tan Cheng Hoe

Ditanya tentang masa depan Cheng Hoe bersama Harimau Malaya, Teong Kim ternyata tidak berminat dengan status bekas jurulatih Kedah itu sama ada wajar dikekalkan atau tidak kerana ia harus diletakkan kepada FAM untuk menjawabnya.

Namun simpati dengan nasib Cheng Hoe, Teong Kim berpendapat kesalahan selalunya dipikul oleh jurulatih jika tiada kejayaan dicapai dan itu adalah perkara biasa.

Tetapi katanya dalam konteks bola sepak Malaysia lain pula ceritanya kerana ada 'tangan ghaib' yang membuat keputusan untuk jurulatih kebangsaan.

"Orang lain (tangan ghaib) yang mesti mengambil tanggungjawab kekalahan ini, bukan saja jurulatih.

"Jurulatih pula mesti tegas kerana jika ada campur tangan ghaib campur tangan tugas, dan tidak berani lawan mereka, jadi apabila kekalahan berlaku, anda tidak boleh kata ada orang campur tangan.

"Ini kerana sebelum pertandingan bermula, anda tidak bantah apa-apa. Jadi jurulatih yang tidak tegas dengan keputusan juga perlu bertanggungjawab.

"Macam saya, kalau saya tidak mahu dengar cakap dan kalah dalam pertandingan, maka saya sendiri akan ambil tanggungjawab.

"Jurulatih adalah pemimpin, jadi jangan bagi orang lain campur tangan kerja anda. Sebabnya, jika bagi orang lain campur tangan, mereka akan lari dari tanggungjawab bila anda kalah.

"Ini masalah bola sepak Malaysia. Jurulatih bermain politik dan tidak berani berdepan pegawai kerana takut kontrak tidak disambung.

"Mana boleh begitu. Jurulatih boleh dengar cadangan tapi keputusan mutlak adalah miliknya. Mereka jurulatih, bukannya juruletih.

PUTRAJAYA, 13 Mac -- Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin pada sidang media selepas Kongres Tahunan FAM ke-57 hari ini.--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARAPUTRAJAYA, March 13 -- Football Association of Malaysia (FAM) President Datuk Hamidin Mohd Amin during a press conference after the 57th FAM Annual Congress today.--fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Orang luar tidak perlu masuk campur kerana jurulatih kenal dan tahu latar belakang pemainnya. Jadi bagi dia pikul tanggungjawab tersebut.

"Kegagalan (Harimau Malaya) ini disebabkan atas keputusan yang dibuat dari awal lagi.

"Ini termasuk soal keputusan MFL dan FAM. Banyak keputusan mereka menyusahkan jurulatih termasuk dari segi persediaan dan pemilihan pemain.

"Takkan mereka tidak tahu Piala AFF akan berlangsung pada Disember?

"Di pihak Cheng Hoe pula, dia perlu lebih tegas untuk mendapatkan khidmat pemain bagi menyertai kejohanan itu," katanya kepada Majoriti sambil menambah mana-mana jurulatih perlu diberikan peranan lebih besar untuk mengendalikan skuad negara.

Tambahnya, FAM juga tidak boleh menggunakan alasan Covid-19 merencatkan persediaan skuad negara kerana pasukan negara lain juga berdepan masalah sama.

"Tidak boleh bagi alasan Covid-19. Apakah Indonesia, Vietnam atau Singapura tiada Covid-19?

"Jika nak bagi alasan masalah jadual Liga Malaysia, kita ada MFL yang boleh susun semula jadual liga. Keutamaan perlu diberikan untuk skuad negara. Jadi mereka tidak boleh bagi alasan," katanya.

Malaysia's Kogileswaran Raj Mohana Raj (3R) celebrates with teammates after scoring a goal during the AFF Suzuki Cup 2020 Group B football match between Malaysia and Indonesia at the National Stadium in Singapore on December 19, 2021. (Photo by Roslan RAHMAN / AFP)

Rata-rata penyokong menyifatkan pemilihan skuad Harimau Malaya kali ini sebagai 'tangkap muat'.

Barisan pemain

Soal pemilihan pemain juga bukan alasan untuk menidakkan kemelut sebenar bola sepak negara, kata Teong Kim.

Jelasnya walaupun ada pemain yang kurang mendapat minit permainan tetapi dipilih mewakili negara, mereka menunjukkan semangat 100 peratus dalam setiap perlawanan.

"Tapi semangat sahaja tidak cukup untuk memenangi perlawanan. Perlu juga mempunyai kebolehan dan keupayaan yang tinggi, kekuatan mental dan pemahaman taktikal serta kecergasan yang baik untuk mengharungi pertandingan antarabangsa.

"Ada pemain yang dipilih tidak cukup minit permainan, menyebabkan keadaan kecergasan fizikal dan mental, dan pemahaman taktikal mereka tidak bersedia berdepan perlawanan besar seperti menentang Vietnam dan Indonesia.

"Ini kita boleh lihat dari segi body language (gaya badan) pemain apabila berada di padang. Mereka kelihatan tidak bersedia dan mudah dikalahkan oleh pihak lawan.

"Pemain sentiasa kejar bola dan akhirnya menjadi letih. Sebab itu pentingnya kebolehan individu (kecergasan) dalam perlawanan antarabangsa.

"Mereka perlukan banyak tenaga, jika tak setaraf antarabangsa, ini jadi masalah.

"Bola sepak bukan sekadar semangat. Mesti simpan (kawal) bola dan main bola.

CORRECTION / Malaysia's Mohamad Faisal Abdul Halim (R) fights for the ball with Indonesia's Rachmat Irianto during the AFF Suzuki Cup 2020 Group B football match between Indonesia and Malaysia at the National Stadium in Singapore on December 19, 2021. (Photo by Roslan RAHMAN / AFP) /

Pemain perlu cergas untuk mengharungi 90 minit perlawanan.

"Dalam setiap perlawanan ini, staf jurulatih FAM boleh buat analisis sentuhan setiap pemain dan pasukan. Berapa minit dalam satu perlawanan dan kaji kekurangan pasukan.

"Dalam 90 minit perlawanan, jika tiada kecergasan, tidak tahu menyerang dan simpan bola, pemain jadi letih. Ini masalah bola sepak Malaysia," katanya.

Sebab itu katanya, data kecergasan setiap pemain amat penting sebelum pemilihan dilakukan kerana ia dapat mengukur tahap kecergasan pemain.

Sebagai contoh katanya, di Jerman, setiap pemain mempunyai rekod larian dalam setiap perlawanan sebagai data yang menunjukkan tahap kecergasan dan fizikal pemain tersebut.

"Kalau ada data sebegini, baru kita tahu tahap kecergasan pemain itu sepanjang musim sama ada dia cukup layak untuk menyertai skuad negara.

"Saya tidak pasti sama ada FAM atau MFL mempunyai data ini, tetapi dari segi pemilihan pemain, kita sudah boleh tahu jawapannya.

"Tapi apa yang paling penting, pemain kita perlu faham apa itu taktikal individu. Namun saya lihat mereka tidak mempunyai kemahiran ini," katanya.

  Malaysia Muhammad Akhyar Rashid (right) battle for the ball with Vietnam Nguyen Huy Hung (left) during their AFF Suzuki Cup Final First Round match at Stadium Bukit Jalil in Kuala Lumpur, yesteday. MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star.    

Skuad negara tidak dapat menyerap corak permainan agresif Vietnam dan Indonesia.

Taktikal

Soal taktikal permainan Harimau Malaya ternyata menjadi titik kebimbangan buat Teong Kim.

Beliau mengulas tentang empat perlawanan yang diharungi skuad kebangsaan dalam peringkat kumpulan yang menyerlahkan masalah sebenar bola sepak negara.

Jelasnya, dua perlawanan awal menentang Kemboja dan Laos tidak boleh dikira sebagai pengukur kekuatan Harimau Malaya kerana dua pasukan itu tidak bermain dengan secara agresif dan menggunakan fizikal.

"Pasukan Laos dan Kemboja memberi ruang kepada pemain kita untuk bergerak dan sebab itu kita mudah mengalahkan mereka.

"Tapi ketika bertemu Vietnam dan Indonesia, dua lawan ini mendedahkan kelemahan keupayaan taktikal individu pemain dan kefahaman taktikal pemain.

"Selain itu, pemain kita berdepan masalah untuk bermain dengan pihak lawan bermain secara agresif dan fizikal.

"Pemain kita mudah hilang bola kerana tidak biasa dengan cara permainan seperti itu.

"Apabila pemain kita dikepung di tempat sempit, mereka tidak mempunyai idea atau kemahiran untuk menyelesaikan masalah itu.

"Akhirnya, mereka akan kehilangan bola dan menyumbang kepada kebolosan gol," katanya.

Selain itu kata Teong Kim, pemain Harimau Malaya juga tidak berada dekat dengan pihak lawan dan sentiasa datang lewat menutup pihak lawan.

"Walaupun dia pergi tapi lewat dan memberi ruang kepada pihak lawan. Keputusan yang dibuat ini melibatkan tactical understanding (pemahaman taktikal).

Aksi Harimau Malaya menentang Vietnam dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Bishan pada Ahad. Foto: FAM

Pemain Malaysia perlu mempunyai kemahiran untuk mengeluarkan bola dari kawasan sempit.

"Ini kerana Malaysia bermain dengan taktik 4-3-3 dan bukan senang untuk pemain kawal kawasan yang luas.

"Sebagai contoh, bek kiri/kanan perlu dibantu oleh winger (pemain sayap) dan midfield (pemain tengah).

"Jika midfield turun bantu fullback, maka winger perlu bantu lindungi ruangan yang ditinggalkan midfield.

"Tapi jangan hanya jaga ruang dan angin, jagalah pihak lawan. Pihak lawan yang akan jaringkan gol selagi pemain kita hanya jaga ruang dan angin.

"Jika winger tak bantu, ini jadi masalah kepada full back dan midfield.

"Apabila pemain lawan lari ke depan, tiada pemain kita yang ikut pemain lawan lari ke ruang.

"Sepatutnya mereka kena ikut sampai habis. Tapi ini tidak berlaku kerana semua hanya pandang, dan bek terpaksa keluar dari posisi dan tempatnya tiada yang ganti.

"Bila tempatnya tidak diganti, pihak lawan akan ambil peluang," jelasnya.

"Jika keadaan ini berlaku, apa yang akan terjadi? Pemain lawan akan dapat ruang yang ditinggalkan bek, dan mudah bergerak untuk menjaringkan gol," ulasnya.

Malaysia perlu mempunyai data kecergasan pemain untuk memudahkan pemilihan skuad negara.

Sebab itu katanya, corak permainan Harimau Malaya perlu berubah mengikut peredaran semasa seperti yang dilakukan Vietnam dan Indonesia di bawah kendalian jurulatih Korea.

"Di Eropah, pemain akan turun naik padang sepanjang perlawanan tidak kira posisi apa mereka bermain. Sebab itu mereka akan berlari banyak kilometer setiap perlawanan.

"Ini adalah demand of the game in Europe dan juga demand of the coach yang mengetahui corak pemainan ini.

"Sebab itu, tahap kecergasan pemain kita kalah. Bila bertemu dengan lawan agresif dan fizikal, terus jatuh dan sakit. Sebab apa? Sebab kita tak cukup cergas mengikut cara permainan agresif dan fizikal pihak lawan.

"Sebab apa tidak boleh ikut cara pihak lawan? Sebab pembangunan bola sepak kita tak betul dan kita diajar dengan banyak perkara salah di peringkat akar umbi lagi," katanya.

Pembangunan

Menyentuh lanjut soal pembangunan, Teong Kim berkata, masa depan bola sepak negara bukan sekadar bergantung kepada program teknikal, taktikal, tahap kecergasan dan aspek mental

Jelasnya, program akar umbi perlu bermula dengan pembangunan insan pemain yang akhirnya akan menentukan sama ada individu itu akan menjadi pemain yang berkualiti atau tidak.

"Tapi orang FAM tak faham soal pembangunan dan tidak tahu buat keputusan yang tepat. Presiden hanya nak instant success dan akhirnya itu yang berlaku kepada pada Piala AFF.

"Bila kalah, jurulatih dan pemain jadi mangsa sedangkan keputusan yang dibuat tidak membantu pun," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Lim Teong Kim, Harimau Malaya, FAM, MFL, Piala AFF