TMJ bongkar 'tangan ghaib' sebenar


  • Podium
  • Khamis, 27 Jan 2022

PEMBONGKARAN TMJ akan bersiaran secara langsung di Astro Arena saluran 801, Twitter dan saluran Youtube Astro Arena pukul 4 petang ini. — Facebook

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bakal membongkarkan persoalan tentang kemungkinan ada campur tangan oleh 'tangan ghaib' (hidden hand) dalam pemilihan skuad kebangsaan ke Piala AFF Suzuki 2020 yang lalu.

Berdasarkan perkongsian menerusi hantaran di Facebook Penyokong Bola Sepak Kedah, pembongkaran oleh pemilik pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu akan berlangsung pada pukul 4 petang, Khamis (27 Januari 2022).

Pembongkaran itu juga akan bersiaran di Astro Arena saluran 801, Twitter dan saluran Youtube Astro Arena.

Berdasarkan laporan media tempatan, isu 'tangan ghaib' tercetus susulan kegagalan skuad kebangsaan dalam Piala AFF 2020.

Kegagalan itu mendapat perhatian serius peminat dan pemerhati bola sepak tempatan.

Ada yang mendakwa ia bukan skuad terbaik Harimau Malaya di pentas Piala AFF terutamanya hanya 24 pemain yang didaftarkan berbanding 30 kuota maksimum skuad.

Selain itu, ketiadaan nama Mohamadou Sumareh dalam skuad kebangsaan turut menimbulkan pelbagai persoalan peminat.

Siapakah 'tangan ghaib' yang dimaksudkan oleh TMJ? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram