
BERMULA dengan generasi Bbaby Boomers, diikuti oleh Generasi (Gen) X, kemudian Y, Z dan Alpha. Tahun ini, satu lagi kumpulan generasi terbaharu muncul dengan gelaran Gen Beta.
Generasi berkenaan yang dijangka bermula dari tempoh 2025 hingga 2040, sudah mula dibincangkan oleh ahli demografi dan sosiologi, dengan istilah tersebut.
Namun, sejauh manakah makna sebenar label generasi itu dan apa yang sebenarnya makna golongan yang diklasifikasikannya?
BACA LAGI: [VIDEO] Kek 'home made' Kak Dack punya aura air tangan magis, lebih premium
BACA LAGI: [VIDEO] 'Hidden gem', lokasi 'OOTD', swafoto menarik seolah-olah dalam hutan di tengah KL
Pengelasan generasi telah menjadi sangat biasa dalam bidang pemasaran dan pengiklanan.
Penyelidik generasi dan penulis buku Konflikt der Generationen (Konflik Generasi), Rudiger Maas, berkata Ia lebih kepada kategori sains popular.
Ahli sosiologi dan penyelidik belia, Klaus Hurrelmann pula berkata pengelasan tersebut telah menjadi sangat biasa dalam bidang pemasaran dan pengiklanan malahan digunakan dalam bidang sains.
Boomers dan Millennial
Satu generasi baharu biasanya muncul kira-kira setiap 15 tahun. Baby boomers merupakan mereka yang dilahirkan selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1964. Kemudian, diikuti oleh Gen X yang lahir antara 1965 hingga 1979.
Manakala, Gen Y yang juga dikenali sebagai milenial, merangkumi mereka yang lahir dari 1980 hingga 1994, atau kadangkala dianggap sehingga akhir tahun 1990-an.
Mereka merupakan generasi pertama yang tidak mengalami konflik Timur-Barat semasa zaman remaja, tetapi telah menyaksikan serangan pengganas pada 11 September 2001 dan krisis kewangan dunia.
Mereka yang lahir antara 1995 hingga 2010 pula termasuk dalam Gen Z, satu kumpulan yang sering dilabelkan secara stereotaip sebagai kurang etika kerja.
Tanggapan bahawa mereka 'malas' mungkin sebenarnya berpunca daripada salah faham antara generasi dan bukannya realiti.
Satu kajian melaporkan hanya sekitar 15 peratus golongan muda benar-benar memahami apa yang dimaksudkan 'generasi' mereka.
Pematuhan kepada pengelasan generasi bersifat arbitrari
Sudah tentu, pengelasan generasi agak arbitrari iaitu kanak-kanak yang lahir pada awal tahun ini tidak begitu ketara bezanya dengan mereka yang lahir pada akhir 2024.
“Ia lebih mirip dengan tanda zodiak, dalam erti kata lain sesetengah orang percaya kepadanya, manakala yang lain tidak,” ujar Maas.
Selain itu, ada kalanya sebuah fenomena dikaitkan dengan kumpulan umur tertentu, walaupun ia tidak semestinya mencerminkan keseluruhan kumpulan tersebut. Contohnya Gen Z dengan gerakan Fridays for Future dan isu kelestarian.
Satu kajian oleh Institut Penyelidikan Generasi yang diketuainya menunjukkan bahawa hanya sekitar 15 peratus golongan muda benar-benar mengenal pasti dan tahu apa yang dimaksudkan 'generasi' mereka.
Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa memang wujud jurang antara generasi.
Perkara ini dapat dilihat dalam kehidupan seharian. Golongan lebih tua cenderung untuk menekan loceng pintu apabila datang berkunjung, berbanding menghantar mesej WhatsApp memberitahu bahawa mereka sudah tiba di depan rumah.
Ini termasuk membuat panggilan telefon lebih digemari berbanding menghantar mesej suara.
Adakah remaja hari ini satu generasi 'Coronavirus'?
“Kajian menunjukkan bahawa wabak itu telah membawa kepada ketidaktentuan yang ketara apabila wujud satu dipanggil ‘Generasi Coronavirus’.
Namun, penting untuk difahami bahawa tidak semua orang mengalami perkara yang sama.
Pengalaman pandemik sangat berbeza bergantung kepada latar belakang seseorang.
Perbeza dilihat jika anda membesar dalam keluarga yang stabil, ibu bapa berpendapatan baik dan boleh bekerja dari rumah berbanding mereka yang menghadapi masalah ekonomi dan benar-benar terjejas.
Generasi Z diperkatakan sebagai generasi pertama yang membesar dengan media sosial dan dunia siber sebagai sesuatu yang normal.
Jangkaan terhadap Gen Beta
“Setiap kali berlaku perubahan ketara dalam keadaan semasa, kita boleh bercakap tentang kemunculan satu generasi baharu,” kata penyelidik Maas.
Generasi Z yang turut diperkatakan sebagai generasi pertama yang membesar dengan media sosial dan dunia siber sebagai sesuatu yang normal.
Kesan daripada perkembangan itu amat besar dan tidak sesekali diremehkan.
“Ahli Gen Z menyentuh telefon pintar mereka kira-kira 4,000 hingga 5,000 kali sehari dan membuka kunci skrin ratusan kali.
Boleh dikatakan bahawa dalam sejarah manusia, tidak pernah ada satu objek yang disentuh dan digunakan sebegitu kerap,” ujar Maas.
Dijangkakan, generasi Beta akan menjadi lebih digital dan akan sangat dipengaruhi oleh kecerdasan buatan (AI).
“Kebanyakan daripada mereka akan bekerja dalam bidang pekerjaan yang masih belum wujud hari ini. Mereka akan memasuki pasaran kerja yang memerlukan pengalaman yang hanya mereka sendiri miliki.
"Bahkan tanpa ada sesiapa untuk melatih mereka, kerana merekalah yang pertama,” jelasnya. — TheStar/AGENSI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram