
NAKAL atau degil menjadi lumrah kebanyakan kanak-kanak yang sedang membesar. Mereka sedang melalui proses tumbesaran dan sifat ingin mencuba amat tinggi.
Adakalanya kita sebagai ibu bapa tidak tahan dan terpaksa jerit, marah sehingga ada yang terpaksa bertindak kasar seperti memukul atau menampar anak-anak.
Kesabaran merupakan kunci utama semasa membesarkan anak-anak. Kadang-kadang pasti kita bertanya pada diri sendiri, “macam mana nak ajar anak disiplin tanpa jadi mak yang menjerit 24 jam?”.
BACA LAGI: [VIDEO] Helmet serlahkan jiwa dua roda, model ala Darth Vader antara koleksi paling sentimental
Cara mendidik anak bukan lembut tak bertempat, tapi lembut yang berpandukan prinsip.
Menerusi sebuah hantaran di Facebook Hanis Athirah Rusli, dia meluahkan betapa penatnya menjadi ibu yang selalu memarahi anak-anak dan bertanyakan bagaimana hendak mendidik anak-anak seperti itu.
“Saya pernah tanya soalan ni, bukan sekali, banyak kali. Sebab saya penat jadi garang, penat ulang benda sama.
“Penat rasa macam anak tak dengar walaupun dah letih nasihatkan,” luahnya di ruangan kapsyen.
Kemudian, Hanis berkongsi sebuah istilah kepada jalan penyelesaian tentang keadaan yang dihadapi olehnya itu.
“Sampai satu masa, saya jumpa istilah ni, Gentle Boundaries iaitu bukan lembut tak bertempat, tapi lembut yang berpandukan prinsip.
“Saya mula belajar beza antara mengawal anak dengan mengajar anak kawal diri sendiri. Tegas tak bermaksud garang, lembut tak bermaksud lemah.
"Disiplin yang berkesan bukan datang dari suara tinggi, tapi dari had yang jelas dan jiwa yang stabil,” sambung di ruang kapsyen yang sama.
Kemudian, Hanis menerangkan menerusi hantaran yang sama mengajak orang ramai berbincang untuk menjadi ibu bapa menjadi Gentle Boundaries, bukan Gentle Parenting tanpa arah.
Anak tidak belajar dari apa yang kita cakap, tapi dari cara kita respond bila kita tengah penat, tertekan dan kecewa.
Terangkan olehnya disiplin bukan untuk buat anak takut, tapi untuk bantu anak belajar kawal diri, faham batas dan tanggung jawab.
"Gentle Boundaries ialah sifat tegas tapi tenang dan konsisten tanpa ugutan. Jelaskan apa yang boleh, apa yang tak serta fokus pada pemahaman, bukan ketakutan,” jelasnya.
Tambahan pula, perlu faham, kenapa anak susah nak dengan cakap? Ia disebabkan anak belum mahir Emotional Regulation.
"Di tak tahu nama perasaan, cara lepaskan dengan selamat. Dia perlukan persefahaman bukan tengkingan," ujarnya.
Turut dikongsikan kaedah mendisiplinkan anak tanya jerit. Antaranya ialah cari masa tenang untuk bertindak dan periksa setiap hari emosi anak terutamanya selepas solat dan sebelum tidur.
Jadikan kesalahan yang dibuat oleh anak disedari oleh mereka sendiri tanpa menghukum.
“Ajar skrip bila rasa marah, cemburu dan kecewa, kenali emosi anak baru bertindak. Anak tidak belajar dari apa yang kita cakap, tapi dari cara kita respond bila kita tengah penat, tertekan dan kecewa” kongsinya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram