[VIDEO] Jangan ambil remeh! Kuku lebih 3mm, kotor boleh jadi punca jerawat dan bisul


  • Sihat
  • Isnin, 26 Mei 2025

Jangan pandang remeh tentang kebersihan kuku, tonton PSA ini untuk jadikan ingatan bersama.

ADALAH penting untuk kita sentiasa menjaga kebersihan kuku kerana kotoran daripada persekitaran mudah terkumpul pada bahagian tersebut.

Ini kerana kuku adalah selaput atau bahagian keras yang tumbuh di hujung kuku pada setiap masa.

Menurut kajian Infectious Disease Society of America, individu yang menyimpan kuku panjang iaitu lebih daripada tiga milimeter (mm) mempunyai bakteria di dalam kuku tangan atau kaki mereka.

 

BACA LAGI: [VIDEO] 'Boleh tak buat macam Emma Maembong?' Dutch Braid gaya rambut 'pasang cabut' terbaik masa pergi konsert

BACA LAGI:  Anak nakal tak dengar cakap? Tip mendisiplinkan anak tanpa perlu meninggikan suara

Jika tidak dibersihkan atau dipotong, jangkitan kuman pada bahagian kuku boleh berlaku dan lebih parah kuku terpaksa dicabut untuk mengelakkan kuman tersebut merebak.

Begitu juga jika anda menyimpan kuku panjang dan makan menggunakan jari. Ini secara tidak langsung mudah menyebabkan sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah akibat dari pemindahan bakteria yang terdapat pada kuku lalu memasuki ke mulut menerusi makanan.

Selain itu, bakteria di kuku boleh berpindah ke bahagian kulit lain seperti muka dan punggung jika anda kerap menyentuh bahagian berkenaan tersebut sekali gus merangsang punca jerawat dan ada kalanya boleh membawa kepada bisul.

Tabiat memotong kuku digalakkan sekurang-kurang seminggu sekali perlu diamalkan.

Tabiat memotong kuku digalakkan sekurang-kurang seminggu sekali seperti sabda Rasulullah SAW:

Lima perkara daripada fitrah ialah berkhitan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.” (HR Bukhari & Muslim).

Oleh itu jangan pandang remeh tentang kebersihan kuku, tonton PSA ini untuk jadikan ingatan bersama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram