Pernah dihalang ibu bapa melukis, hasil karya artis autistik Malaysia kini dipamerkan di Britain, China


  • Bizz
  • Isnin, 21 Okt 2024

Danial menemui kekuatan dalam seni visual yang kini dijadikan sebagai medium untuknya meluahkan emosi dan keindahan.

DALAM dunia yang sering diukur dengan kata-kata, seorang artis autistik Malaysia, Danial Kushairi, menempa nama melalui kanvas yang melampaui batasan komunikasi verbal.

Didiagnosis sebagai autistik, Danial menemui kekuatan dalam seni visual yang kini dijadikan sebagai medium untuknya meluahkan emosi dan keindahan.

Perjalanan seninya bermula pada usia remaja apabila bakat terpendamnya dikesan oleh keluarga.

BACA LAGI: Mula berjualan sejak universiti, duo graduan UKM, UM berganding bina Pelita Dhihin tumpu pasarkan 'buku berat'

BACA LAGI: Bukan kerana 'buatan orang', ini 3 sebab sebab kedai makan gagal tarik pelanggan

Rohani Ahmad, ibu kepada Danial berkongsi, anaknya itu memang gemar melukis sejak dari kecil.

"Namun saya dan suami pada awalnya tidak pernah menganggap ia sesuatu yang istimewa. Semua kanak-kanak melukis dan melakar, jadi kami fikir ia adalah perkara biasa," katanya.

Interview autistic artist Danial Kushairi for autism day cover story. take nice photos of him with his art, close-up of his artworks, a few shots of his painting brushes, tools, etc, some family shots

Danial mempunyai gaya seni yang unik dengan menggunakan akrilik di atas kanvas.

Kemampuan berkomunikasi terhad

Rohani yang juga merupakan pekas pensyarah Matematik memberitahu, walaupun boleh bercakap, hakikatnya kemampuan Danial untuk berkomunikasi secara verbal agak terhad.

Ketika masih kecil, katanya, Danial sering mengelak untuk bersosial dan melukis juga adalah sebagai cara untuk melarikan diri daripada bercakap dengan orang.

"Jadi kami sengaja menghalangnya daripada melukis untuk memberi tumpuan kepada terapi.

"Akibatnya, dia tidak banyak melukis sejak usia lapan tahun. Apabila mencecah usia 14 tahun, kami sedar bahawa sistem pendidikan biasa tidak sesuai untuk Danial.

"Kami memutuskan untuk mendidiknya di rumah dan memasukkannya ke kelas seni selama hampir setahun," kata Rohani yang menguruskan kerjaya seni Danial ketika ini.

Danial pada awalnya mengikuti pelajaran dengan baik, namun kurikulum yang tidak sesuai menyebabkan remaja tersebut tidak menunjukkan sebarang peningkatan.

Interview autistic artist Danial Kushairi for autism day cover story. take nice photos of him with his art, close-up of his artworks, a few shots of his painting brushes, tools, etc, some family shots

Rohani (kanan) menguruskan kerjaya seni Danial ketika ini.

"Dia hanya menghadiri kelas tetapi di rumah, dia tidak begitu menikmati aktiviti melukis atau mewarna, jadi kami keluarkan dia daripada kelas berkenaan," jelasnya.

Namun, pada usia 15 tahun, kunjungan ke sebuah galeri seni menimbulkan perspektif berbeza buat keluargnya, sehingga mereka mulai menyedari potensi besar Danial.

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah remaja itu ketika berada bersama karya-karya seni di dalam galeri berkenaan.

Ibu bapanya kemudian mengambil langkah proaktif dengan membawa seorang artis ke rumah untuk melukis bersama-sama Danial.

Dengan sokongan keluarga, Danial mengasah bakatnya melalui latihan formal dan bimbingan artis tempatan.

5th pix +++ A work titled 'In My Eyes I' which highlights Danial's attention to detail and keen observational skills allowing him to capture buildings and their architectural charm on canvas.

Karya bertajuk 'In My Eyes I', menonjolkan perhatian Danial terhadap perincian dan kemahiran pemerhatian yang tajam.

Mereka mendaftarkannya dalam program seni yang berstruktur, dengan niat untuk memberi peluang kepada Danial mengembangkan kemahiran dan ekspresi seninya.

Kedua orang tuanya berhasrat untuk menilai kemajuan Danial dalam tempoh dua hingga tiga tahun, dengan semangat untuk menyaksikan perkembangan bakatnya.

Lima bulan selepas melukis secara serius, dia diundang menyertai pameran seni berkumpulan, sekali gus membuktikan kepada keluarga bahawa dia lebih bersedia daripada yang mereka sangkakan.

"Ia mengejutkan kerana kami fikir Danial belum bersedia, tetapi dia membuktikan kami salah. Dia adalah satu-satunya artis neurodivergen yang diundang (untuk pameran).

"Sejak itu, dia telah menyertai pameran seni tempatan dan antarabangsa," ujarnya sambil menambah bahawa dia dan suaminya yang juga bekas pengurus teknologi maklumat tidak mempunyai pengetahuan tentang seni pada masa itu.

Interview autistic artist Danial Kushairi for autism day cover story. take nice photos of him with his art, close-up of his artworks, a few shots of his painting brushes, tools, etc, some family shots

Beranda di rumah keluarga mereka di Shah Alam telah diubah menjadi studio Danial.

Pameran antarabangsa

Sejak itu, Danial menyertai lebih 20 pameran seni, termasuk empat di peringkat antarabangsa.

Pada 2021, lukisan Danial berjaya menembusi dua pameran berprestij di Britain dan China.

Karya-karyanya juga pernah dipamerkan di Jepun dan Itali, dengan dia sebagai salah seorang daripada 10 artis berkeperluan khas yang dijemput untuk mewakili Malaysia.

Seni Danial sering kali menggambarkan keindahan alam semula jadi dan budaya tempatan, dengan penggunaan warna-warna terang dan perincian yang halus.

Rohani, bergandingan bersama suaminya untuk membimbing Danial, berharap pencapaian anaknya dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap individu autistik.

“Suami saya dan saya bekerjasama untuk membantu Danial dengan kerjaya seninya. Kami menggunakan kekuatan kami untuk membantunya berkembang.

"Apabila anak-anak perempuan kami Najwa Asyikin, Nuwairah Aimi dan Nuwairah Aimi tamat pengajian dan mula bekerja, mereka juga gembira untuk terlibat dalam kerjaya abang mereka.

"Kami berharap seni Danial menjadi pemangkin untuk pengiktirafan bahawa individu dalam spektrum autisme juga boleh memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan ekonomi negara," katanya.

Interview autistic artist Danial Kushairi for autism day cover story. take nice photos of him with his art, close-up of his artworks, a few shots of his painting brushes, tools, etc, some family shots

Danial menterjemahkan irama dan persembahan muzik tradisional ke dalam simfoni visual warna di atas kanvas.

Pada 2021 dan 2022, Danial turut bersama-sama menulis dan membuat ilustrasi untuk dua buku cerita kanak-kanak, Mr Turtle To The Rescue dan Ben Saves The Day.

Buku cerita tersebut berdasarkan interpretasinya terhadap lukisan asalnya The Ocean Turtle dan The Ocean Fish.

"Sukar bagi Danial untuk meluahkan perasaan melalui kata-kata, walaupun mengenai lukisannya.

"Dengan kesabaran, saya dapat mencipta jalan cerita untuk buku-buku tersebut dan Danial terlibat dalam keseluruhan proses penciptaan cerita itu," jelas Rohani.

Danial mempunyai gaya seni yang unik, menggunakan akrilik di atas kanvas dengan subjek yang biasanya berkisar tentang alam semula jadi atau suasana masyarakat Malaysia seperti pemandangan kampung, alat muzik tempatan serta flora dan fauna.

Beranda di rumah keluarga mereka di Shah Alam telah diubah menjadi studionya, yang mana dia bebas untuk mengeksplorasi seninya pada bila-bila masa.

7th pix +++ A piece of nature is the theme of Danial's work 'Little Pond Vol II'.

Karya Danial 'Little Pond Vol II' mengangkat tema alam semula jadi.

Pada Mac tahun lalu, Danial mencapai kejayaan dengan pameran solo pertamanya, A Walk In The Park di Inner Joy Art Gallery, dengan kesemua 20 lukisannya habis terjual.

Danial juga bekerjasama dengan rangkaian farmasi untuk memasarkan karyanya dalam bentuk baucar E-cash sempena musim perayaan lalu.

Danial kini terus mencipta nama dalam dunia seni sambil keluarganya berdiri teguh menyokong perjalanan luar biasanya.

Rohani menekankan harapannya agar seni Danial menjadi pemangkin untuk pengiktirafan masyarakat, menunjukkan bahawa individu di spektrum autisme dan mereka yang mempunyai masalah pembelajaran adalah penyumbang berharga kepada ekonomi negara.

“Kami berharap perjalanan dan pencapaian Danial akan menyalakan api ketekunan dalam diri orang lain,” kata Rohani. — The Star/ANN MARIE CHANDY

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram