KEJADIAN melibatkan dua buah helikopter terhempas ketika Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-90 di Lumut, Perak pada Selasa pasti menyentuh hati orang ramai.
Nahas yang menyaksikan 10 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kehilangan nyawa itu boleh dianggap sebagai salah satu insiden paling buruk melibatkan badan ketenteraan negara.
Salah seorang daripada mereka yang terbunuh ialah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin yang bertugas sebagai juruterbang untuk skuadron 503.
Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang baik hati dan mesra dilaporkan sedang berada dalam HOM (M503-3) bersama enam anggota lain ketika insiden.
BACA LAGI: Senarai lengkap identiti 10 perwira korban nahas helikopter TLDM
Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang baik hati dan mesra. — Alumni St John Institute
BACA LAGI: Leftenan Komander Wan Rezaudeen ingin bersara awal jaga anak — Bob Ringgo
Personalitinya itu turut diakui salah seorang bekas penyampai radio Suria FM, Bob Ringgo yang juga abang sepupu mangsa dengan dia pasti akan terkesan dengan pemergian arwah.
Menurutnya, dia dimaklumkan oleh adik waris bahawa jenazah berada dalam keadaan sempurna meskipun tidak dapat dilihat kerana masih berada dalam beg mayat seperti mana ditetapkan prosedur.
"Jenazah Allahyarham sempurna. Tak dapat tengok, tetapi seakan-akan sedang tidur. Menurut mereka yang berada di sana, anggota seperti tangan dan kaki semuanya ada dalam beg hitam," katanya kepada Majoriti.
Allahyarham Wan Rezaudeen Kamal
BACA LAGI: Nahas helikopter Lumut: Seorang anggota TLDM dalam kolam renang cedera terkena serpihan helikopter
Terdahulu, Bob memaklumkan dia tidak pernah menyangka nahas itu juga akan mengorbankan adik sepupunya itu.
Menurut Bob, Allahyarham seorang yang tidak lekang dengan senyuman dan baik.
"Arwah seorang yang suka tersenyum, bak kata orang senyum simpul walaupun tak banyak cakap," katanya.
"Dia jenis yang tak banyak bersembang tapi suka tersenyum, itu antara momen yang aku ingat tentang arwah,
Pemergian Wan Rezaudeen yang merupakan alumi St John Institution 2004 memberi kesan mendalam terhadap orang ramai dengan sikapnya cukup ramah membuatkan orang ramai senang akan kelibatnya.
Helikopter dinaiki Allahyarham serta enam anggota lain kelihatan bertembung dengan dengan helikopter Fennec (M502 6) di Perak sebelum terhempas di kawasan berdekatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram