INSIDEN ngeri melibatkan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM Lumut, Perak yang mengorbankan 10 orang pada Selasa turut mencederakan seorang anggota pasukan yang berada di lokasi kejadian.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata, anggota berkenaan secara kebetulan sedang berenang di dalam kolam renang, lokasi sebuah helikopter itu terhempas.
"Tiada orang luar mengalami kecederaan, melainkan seorang sahaja yang kebetulan dia sedang berenang di kolam renang tersebut.
"Anggota terbabit terkena serpihan daripada helikopter Fennec tersebut dan mengalami kecederaan ringan. Kebetulan anggota terbabit berada dalam kolam renang ketika kejadian berlaku," katanya.
BACA LAGI: Sedekahkan al-Fatihah buat semua mangsa terkorban — Rakan
Gambar terakhir tiga mangsa perajurit wanita yang maut dalam nahas helikopter terhempas di Lumut. — Twitter
BACA LAGI: Perajurit wanita dari Sarawak antara korban nahas helikopter berlanggar di udara di Lumut
Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa melakukan lawatan ke tempat kejadian pada Selasa.
Nahas itu berlaku ketika helikopter berkenaan sedang menjalani Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.
Kedua-dua helikopter yang terlibat adalah jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.03 pagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram