SAMBUTAN Ulang Tahun Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu terpaksa dibatalkan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sambutan itu sebaliknya akan digantikan dengan majlis tahlil dan doa selamat untuk mangsa yang terlibat dalam nahas pada Selasa.
Menurutnya, pembatalan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sharafuddin Idris Shah yang juga merangkap Kapten Kehormat TLDM.
“(Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM ke-90) dibatalkan dan digantikan dengan tahlil dan doa selamat.
“Ini dibuat atas perkenan Sultan Selangor. Difahamkan, baginda pun akan mencemar duli bagi majlis berkenaan,” katanya pada Selasa.
BACA LAGI: [VIDEO] 10 maut 2 helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut
Mohamed Khaled
BACA LAGI: [VIDEO] Helikopter TLDM terhempas di Lumut sedang jalani raptai ketiga sebelum insiden — Khaled
Mohamed Khaled berkata, pengurusan jenazah nahas terbabit akan dijalankan mengikut perancangan keluarga masing-masing dengan bantuan Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TLDM.
"Kementerian juga akan membantu membawa pulang jenazah yang berasal dari Sabah, selepas semua urusan berkaitan selesai," jelas beliau.
Majoriti pada Selasa melaporkan dua helikopter yang sedang menjalani raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut bertembung dan terhempas dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi. — The Star/Manjit Kaur
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram