Helikopter HOM baharu, pertama kali digunakan — Khaled Nordin


  • Primer
  • Selasa, 23 Apr 2024

Helikopter HOM jenis AW139 yang terbabit dalam nahas di Pangkalan TLDM pada pagi Selasa, pertama kali digunakan untuk acara lintas hormat pasukan itu.

HELIKOPTER operasi Maritim (HOM) jenis AW139 yang terbabit dalam nahas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada pagi Selasa, pertama kali digunakan untuk acara lintas hormat pasukan itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dilaporkan berkata, helikopter yang berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah itu mula digunakan pasukan TLDM sejak 2021.

“Helikopter HOM itu baru sahaja diterima Tentera Laut pada 2021, manakala helikopter FENNEC M502-6 dari Lumut, digunapakai TLDM sejak 2003," katanya.

Media sebelum ini melaporkan helikopter HOM terhempas di Stadium TLDM Lumut sementara helikopter FENNEC di kawasan kolam renang.

Dalam perkembangan sama, TLDM turut mengesahkan tujuh kru HOM TLDM dan tiga kru Fennec TLDM terkorban dalam nahas tersebut.

Berikut merupakan senarai mangsa-mangsa nahas:

WhatsApp Image 2024-04-23 at 21.13.57

Berikut merupakan senarai mangsa-mangsa nahas yang terlibat dalam nahas di Pangkalan TLDM. — Facebook/TLDM

Pesawat Agusta Westland HOM:

1. Komander Muhammad Firdaus Ramli - Pegawai Memerintah Skuadron 503

2. Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

3. Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

4. Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun

5. Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy

6. Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar

7. Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna

Pesawat Fennec:

1. Komander Muhamad Amir Mohamad - Pegawai Memerintah Skuadron 502

2. Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan

3. Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram