Arwah Firdaus Ramli selalu telefon ibu bapa sebelum ikut misi ketenteraan


  • Massa
  • Rabu, 24 Apr 2024

Keluarga Firdaus Ramli sempat berjumpa ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

KAKAK kepada salah seorang korban dalam nahas dua buah Helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Firdaus Ramli menjelaskan arwah ada menelefon ibu bapa mereka sebelum kejadian.

"Saya tidak boleh percaya bahawa abang saya sudah tiada. Baru pagi ini, saya dengar ibu bapa kami bercakap dengannya menerusi telefon.

"Kami sekeluarga terkejut sebaik menerima panggilan daripada kakak ipar yang memaklumkan abang saya antara mangsa nahas helikopter," katanya ketika ditemui di kediaman sekitar George Town, Pulau Pinang.

Alya yang merupakan kakak kepada anggota berusia 44 tahun itu berkata, adiknya itu sering menghubungi ibu bapa setiap kali mahu terlibat dalam misi ketenteraan.

BACA LAGI: Senarai lengkap identiti 10 korban nahas helikopter TLDM

Two helicopters belonging to TLDM, Lumut, Perak crashed at TLDM Stadium during training. Photo: Social media

Keadaan di lokasi kejadian ketika dua buah helikopter terhempas ketika menjalani latihan pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Helikopter TLDM terhempas di Lumut sedang jalani raptai ketiga sebelum insiden — Khaled

Menurutnya, mereka sekeluarga sempat berjumpa ketika sambutan Aidilfitri yang lalu dengan wanita itu mengatakan ia merupakan kali terakhir mereka bertemu.

Tambahnya, berita tragis itu disampaikan balu Allahyarham yang berada di Sabah pada kira-kira pukul 10 pagi.

"Ibu bapa saya sudah bertolak ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai kejadian dan membawa pulang jenazah ke kampung halaman," katanya.

Firdaus merupakan salah seorang daripada 10 anggota yang terkorban ketika menjalani Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90 di Lumut, Perak pada Selasa.

Insiden berlaku ketika dua buah helikopter jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) dinaiki mereka bertembung di udara sebelum terhempas di kawasan berdekatan. — The Star/IMRAN HILMY

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram