Senarai lengkap identiti 10 perwira korban nahas helikopter TLDM


  • 112
  • Rabu, 24 Apr 2024

TLDM umum senarai nama 10 mangsa yang maut dalam nahas helikopter. — Ihsan ATM

KEJADIAN dua buah helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak memberikan kesan cukup mendalam terhadap orang ramai.

Insiden yang melibatkan jentera jenis Helikopter Operasi Maritim (HOM M503-3) dan Fennec (M502-6) itu didapati terhempas selepas masing-masing bertembung ketika Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.

Berdasarkan laporan, seramai 10 mangsa terlibat dalam nahas itu dengan tujuh daripadanya berada dalam HOM M503-3 sementara tiga yang lain berada dalam Fennec M502-6.

Mereka yang terkorban adalah seperti berikut:

BACA LAGI: Sedekahkan al-Fatihah buat semua mangsa terkorban — Rakan

439415967_815479997274311_701839233567431193_n

Tiga daripada korban nahas insiden merupakan anggota wanita.

Mangsa di dalam helikopter HOM (M503-3):

Komander Muhammad Firdaus Ramli - Pegawai Memerintah Skuadron 503

Usia: 44 tahun

Asal: Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang

Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin

Usia: 38 tahun

Asal: Setapak, Kuala Lumpur

Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi

Usia: 35 tahun

Asal: Negeri Sembilan

Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun

Usia: 36 tahun

Asal: Kedah

Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy

Usia: 41 tahun

Asal: Perak

Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar

Usia: 39 tahun

Asal: Perak

BACA LAGI: Perajurit wanita dari Sarawak antara korban nahas helikopter berlanggar di udara di Lumut

439319586_815479980607646_4148925548652898739_n

Kehilangan mereka pasti memberi kesan terhadap ahli keluarga serta kenalan.

Mangsa di dalam helikopter Fennec (M502 6):

Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna

Usia: 24 tahun

Asal: Serian, Sarawak

Komander Muhamad Amir Mohamad - Pegawai Memerintah Skuadron 502

Usia: 44 tahun

Asal: Bukit Kepong, Johor

Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan

Usia: 31 tahun

Asal: Perak

Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi

Usia: 41 tahun

Asal: Perak

Terdahulu, Majoriti melaporkan Pangkalan TLDM di Lumut, Perak pada Selasa digemparkan dengan insiden helikopter terhempas setelah bertembung di udara.

Nahas kemalangan udara yang meragut 10 mangsa itu melibatkan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semasa menjalani latihan.

"Helikopter HOM (M503-3) terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut," kata kenyataan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram