BEKAS penyampai radio Suria FM, Bob Ringgo meluahkan rasa sayu selepas menerima mesej suara salah seorang ahli keluarga helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, yang mengorbankan 10 pegawainya pada Selasa.
Menurut Bob, dia tidak pernah menyangka nahas itu juga akan mengorbankan, adik sepupunya, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin.
Menurut Bob, Allahyarham seorang yang tidak lekang dengan senyuman dan baik.
"Arwah seorang yang suka tersenyum, bak kata orang senyum simpul walaupun tak banyak cakap.
"Dia jenis yang tak banyak bersembang tapi suka tersenyum, itu antara momen yang aku ingat tentang arwah," katanya kepada Majoriti.
BACA LAGI: Perajurit wanita dari Sabah antara korban nahas helikopter berlanggar di udara di Lumut
Bekas penyampai radio Suria FM, Bob Ringgo
BACA LAGI: [VIDEO] Saksi hiba nampak cebisan daging korban nahas 2 helikopter terhempas di Lumut
Tambah Bob lagi, bapa kepada arwah pernah meluahkan hasrat untuk bersara lebih awal kerana dia ingin meluangkan masa bersama anaknya.
"Ayah arwah cakap kalau boleh arwah Wan Rezaudeen Kamal nak pencen awal, nak ada masa dengan anak dan keluarga.
"Tapi itulah, tak sangka dia akan menemui ajalnya seperti ini," katanya.
Gambar terakhir Allahyarham Wan Rezaudeen Kamal (empat dari kiri) bersama rakan-rakanya yang lain sebelum nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut berlaku.
Pada masa sama, Bob turut berkongsi satu mesej suara yang memaklumkan kematian adik sepupunya itu.
Difahamkan mesej itu dikongsikan oleh salah adik kepada Allahyarham Wan Rezaudeen Kamal ketika berada di hospital.
"Assalamualaikum, saya sebagai wakil waris ingin maklumkan Kamal sah terlibat dalam nahas kemalangan helikopter pagi tadi (Selasa).
"Saya minta semua sedekahkan al-Fatihah buat Kamal. Buat masa ini masih menunggu isteri Kamal datang daripada Johor untuk melihat arwah.
"Selepas itu arwah akan dibawa ke Hospital Ipoh untuk tindakan selanjutnya.
"Mohon sedekahkan arwah, wira negara kita," katanya.
BACA LAGI: [VIDEO] Nahas helikopter TLDM: CAAM aktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika KL
Lambaian terakhir daripada sebahagian kru yang tinggal sebelum pesawat yang dinaiki Allahyarham Wan Rezaudeen Kamal terbang ke Lumut Perak.
BACA LAGI: [VIDEO] TLDM siasat tragedi kemalangan helikopter berlanggar di udara, korbankan 10 nyawa
Untuk makluman, Allahyarham Wan Rezaudeen Kamal merupakan salah seorang anggota TUDM yang menaiki Pesawat HOM (M503-3) ketika nahas itu berlaku.
Terdahulu Majoriti melaporkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan kesemua mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada Selasa adalah berlainan pangkat, membabitkan ketua skuadron, pegawai dan lain-lain pangkat berusia 40 tahun ke bawah.
Beliau berkata demikian selepas menerima maklumat bahawa seramai 10 kru kedua-dua helikopter bertembung ketika raptai sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram