Selain inisiatif Rahmah, kerajaan perlu kaji 4 bantuan lain demi rakyat


  • Massa
  • Rabu, 15 Feb 2023

Menu Rahmah dengan hidangan pada RM5 yang dilancarkan baru-baru ini mendapat sambutan rakyat Malaysia.

SELEPAS Menu Rahmah yang dilancarkan pada awal bulan ini mendapat sambutan, kerajaan tampil dengan empat inisiatif lain bagi membantu masyarakat memerlukan terutamanya golongan B40.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh dilapor berkata, inisiatif Rahmah akan meliputi lima bidang utama dan akan dilaksanakan secara berperingkat mulai bulan ini.

Empat lagi inisiatif Rahmah turut merangkumi program Rahmah Basket, yang menyediakan bakul makanan mengandungi keperluan asas bernilai RM100.

Selain itu, program Jualan Rahmah, yang mana pasar raya utama akan mengadakan jualan murah sepanjang tahun.

Program Pakej Rahmah yang turut melibatkan pasar raya besar akan menawarkan barangan asas pengguna yang dibungkus bersama.

Satu lagi inisiatif ialah program Cafe Rahmah, yang mana makanan mampu milik disediakan kepada pelajar universiti awam dan makanan percuma kepada golongan miskin tegar.

Selain lima inisiatif Rahmah, kerajaan juga mungkin boleh mengkaji semula beberapa bantuan lain yang tidak hanya merangkumi keperluan asas, sebaliknya merangkumi semua sektor.

Berikut antara empat bantuan lain yang turut dilihat mampu mengurangkan beban rakyat ketika ini:

1. Kedai Rahmah

file7nbssiynzxj1bwnjvmi4 (1)

Kedai Rahmah mampu mengawal harga barang dan mengurangkan monopoli sesetengah barang keperluan.

Kedai Rahmah patut diwujudkan sebagai medium menjual produk tempatan dengan harga berpatutan.

Selain itu, ia juga bagi mengawal harga barang dan mengurangkan monopoli sesetengah barang keperluan yang didominasi pengilang-pengilang multinasional.

Kedai ini perlu dipantau dan diuruskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkuasa.

2. Pusat tuisyen mampu milik

file61t4hvfrbrbzo0mjdyl

Pusat tuisyen mampu milik perlu diwujudkan dengan bayaran yang murah.

Umum mengetahui, terdapat ibu bapa yang sanggup bergadai wang bagi memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan sempurna.

Ini termasuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen dengan bayaran yang agak mahal bagi satu mata pelajaran.

Bagi ibu bapa yang mempunyai jumlah pendapatan yang tinggi, usaha itu adakalanya berbaloi apabila pelajar tersebut mendapat keputusan cemerlang.

Namun, bagi ibu bapa yang mempunyai jumlah pendapatan rendah, mereka hanya mengharapkan anak-anak mendapat ilmu yang mencukupi di sekolah harian.

Oleh itu, kerajaan harus prihatin dengan perkara tersebut dengan mewujudkan pusat tuisyen mampu milik.

Menerusi inisiatif ini, ibu bapa boleh membayar yuran tuisyen dengan harga murah, dengan harapan ada guru yang dapat meluangkan masa untuk mengajar secara sukarela.

3. Klinik Rahmah

file7n86lbzrnz74ylby92p

Rakyat hanya perlu membuat pembayaran dengan harga berpatutan menerusi Klinik Rahmah.

Klinik Rahmah merupakan inisiatif yang perlu diwujudkan kepada rakyat miskin di negara ini, khususnya di kawasan pedalaman atau kawasan perumahan.

Menerusi inisiatif ini, rakyat hanya perlu membuat pembayaran dengan harga berpatutan.

Sementara itu, ia disarankan untuk dibuka tujuh hari seminggu bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

4. Dana Rahmah

file7nj3tc7ras3hq3kqlub

Dana Rahmah disarankan dengan syarat pinjaman tidak terlalu ketat. — Gambar hiasan

Kerajaan disarankan memberi pinjaman kewangan dengan syarat yang tidak terlalu ketat.

Ini termasuk sifar faedah bagi rakyat yang memerlukan pinjaman peribadi sehingga RM10,000.

Manakala, bagi pihak yang ingin memulakan perniagaan, mereka dibenarkan membuat pinjaman sehingga RM50,000 dengan syarat mengemukakan pelan perniagaan yang bakal mereka usahakan.

Sehubungan itu, Dana Rahmah ini mampu menggalakkan pertumbuhan golongan usahawan muda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram