Fitnah PM, Fahmi gesa MCMC dan PDRM ambil tindakan segera


  • Primer
  • Ahad, 05 Feb 2023

Fahmi menggesa MCMC dan PDRM mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook Sam My.

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta untuk menyiasat satu hantaran di Facebook yang memfitnah Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim dengan menularkan sekeping gambar lama.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pemilik akaun Facebook Sam My itu didapati berniat jahat dan sengaja menimbulkan prasangka buruk terhadap Perdana Menteri, dengan menyiarkan gambar berkenaan sambil mengaitkannya bersama saranan kerajaan supaya rakyat mengamalkan sikap berjimat cermat.

328003190_5718886958206405_8281381930943246072_n

Tangkap layar gambar fitnah yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Sam My

"Pemfitnah ini menggunakan gambar lama (individu di kanan gambar Abd Rahman Yusof, kenalan saya lama meninggal dunia pada 8 Jun 2021) dalam fitnah ini.

"Saya mohon MCMC dan PDRM siasat segera,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Gambar yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Sam MY pada Sabtu memaparkan gambar Anwar sedang makan bersama beberapa individu mendakwa rakyat disuruh makan menu Rahmah sedangkan Perdana Menteri menikmati hidangan daging unta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram