ATLET renang remaja, Muhammad Dhuha Zulfikry mempamerkan prestasi terbaik di Piala Dunia Renang Akuatik 2024 di Shanghai, China selepas berjaya memecahkan rekod kebangsaan sukan renang dalam acara jarak dekat.
Perenang berusia 16 tahun itu memecahkan rekod kebangsaan 35 tahun milik Jeffrey Ong dalam acara 1,500 meter (m) gaya bebas.
Muhammad Dhuha yang memenangi enam pingat emas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) pada Ogos lalu, mencatat masa 14 minit 59 saat pada perlawanan akhir, namun terlepas untuk ke podium.
BACA LAGI: Jeffrey Ong 'orang kuat' di belakang prospek perenang Olimpik negara
BACA LAGI: Paris 2024: Protein seperti makanan ruji, ketahui diet harian atlet Olimpik
Atlet berkenaan hanya ketinggalan 5.33 saat dari masa yang dicatatkan pemenang pingat gangsa, Kregor Zirk dari Estonia yang menamatkan perlumbaan dengan rekod 14 minit 54 saat.
Untuk rekod, perenang dari Amerika Syarikat (AS), Charlie Clark berjaya merangkul pingat emas dengan catatan masa 14 minit 40 saat, manakala Benjamin Goedamans dari Australia meraih perak dengan 14 minit 48 saat. — The Star/LIM TEIK HUAT
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram