Jeffrey Ong 'orang kuat' di belakang prospek perenang Olimpik negara


  • Podium
  • Ahad, 25 Ogos 2024

Jeffrey Ong pasti akan terus memberi sumbangan terhadap perkembangan sukan akuatik pada masa-masa akan datang.

SEKIRANYA terma temasya Olimpik dituturkan hari ini, sukan seperti badminton dan basikal pasti terlintas dalam fikiran anak-anak muda yang lebih mengenali acara itu.

Ini kerana sukan tersebut sering memberikan pingat pada setiap edisi dengan Olimpik 2024 menyaksikan dua pingat gangsa disumbangkan menerusi badminton dalam kategori perseorangan lelaki dan beregu lelaki.

Namun, sekiranya diselidik pada edisi berpuluh-puluh tahun lalu, terdapat pelbagai acara yang cukup berpotensi dalam menyajikan pulang berbaloi buat negara, termasuk pingat emas sulung daripada Olimpik.

BACA LAGI: Aniq Kasdan lupakan kekecewaan Olimpik Paris, tak buang masa berlatih demi Komanwel Fiji

BACA LAGI: Paris 2024: Protein seperti makanan ruji, ketahui diet harian atlet Olimpik

Jeffrey01.jpg.opt558x459o0,0s558x459

Jeffrey Ong ketika masih setahun jagung dalam sukan renang. We Are Champions

Salah satu daripadanya merupakan sukan renang yang kini sering diungguli atlet dari Eropah dan Asia Timur kerana masing-masing lebih bersedia dari segi fizikal dan mental.

Bagaimanapun, pada temasya Olimpik 1998 di Seoul dan 1992 di Barcelona, negara berbesar hati apabila seorang anak jati Pulau Pinang merupakan antara pesaing utama dalam sukan itu.

Perenang legenda, Jeffrey Ong dibesarkan di Pulau Mutiara dengan kedua-dua kakaknya, Katerina dan Angelia juga merupakan atlet dalam sukan akuatik berkenaan.

Peluang berlatih di samping kedua-dua mereka sekali gus menjadi kunci yang membolehkan Jeffrey menceburkan diri secara profesional seawal usia 14 tahun dalam Sukan SEA pada 1987.

WhatsApp Image 2024-08-23 at 10.00.08 PM

Jeffrey (kiri) bersama Nurul Huda Abdullah pada 1988 ketika menerima anugerah Olahragawan Kebangsaan.

Kejayaan tersebut melonjakkan lagi namanya dalam dunia sukan tempatan apabila dia diundi sebagai Olahragawan Kebangsaan pada tahun berikutnya.

Malah, 1988 juga boleh dianggap tahun bertuah bagi atlet tersebut kerana dia layak untuk bertanding di temasya Olimpik Seoul, namun tidak dapat membawa kejayaan buat negara.

Tetapi, perkara itu tidak mematahkan semangat Jeffrey Ong yang terus mencurahkan fokus terhadap sukan dicintainya itu apabila pernah meraih gelaran perenang ke-14 terpantas dalam dunia.

Pencapaian berkenaan direkodkan pada Sukan SEA di Singapura pada 1993 selepas dia mencatatkan rekod kebangsaan terbaru dalam acara 400 meter perseorangan Medley.

Jeffrey02.jpg.opt549x559o0,0s549x559

Legasi Jeffrey Ong (kiri) akan terus kekal dalam dunia sukan akuatik negara.

Secara ringkasnya, Jeffrey mencatatkan pencapaian berwarna-warni sepanjang bergelar seorang atlet berenang dengan 15 pingat di pentas antarabangsa pernah diperolehinya.

Namun, selepas bertahun-tahun bersara, kesungguhannya masih tidak luntur apabila masih terlibat aktif dalam memupuk semangat serta menanam kesungguhan terhadap atlet muda.

Antara contoh terbaik adalah semasa dia menyuntik keazaman terhadap atlet menjelang temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dengan mengingatkan mereka kekalahan merupakan perkara normal.

Malah, pada 2023, Jeffrey juga sempat memberikan kata-kata semangat buat perenang berusia 22 tahun, Khiew Hoe Yean yang berjaya memecahkan rekod 32 tahun dalam kategori 1,500 meter gaya bebas di Brisbane, Australia.

Former national swimmer, Jeffrey Ong (pic) posing with the medals that he had won during his competing years.

Jeffrey Ong bersama pingat yang dikumpul sepanjang kariernya.

Kesemua sumbangan itu menunjukkan perenang legenda berkenaan memiliki visi dan pandangan tersendiri dalam meningkatkan lagi kualiti sukan akuatik dalam negara.

Tidak cukup dengan itu, bagi temasya Olimpik 2024 di Paris, dia sekali lagi terlibat secara dekat apabila membantu atlet yang beraksi di negara Eropah berkenaan.

Dia yang merupakan salah seorang wakil dari Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) sudah pasti mencurahkan pengalaman terhadap Hoe Yean dan Tan Rouxin.

Kehadirannya turut menerima penghargaan daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang berasa kehadiran Jeffrey banyak membantu atlet ketika temasya berkenaan.

Sumbangan bekas atlet negara itu pasti tidak terhenti di situ apabila dia kelihatan cukup berkobar-kobar untuk meningkatkan lagi reputasi sukan akuatik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram