Paris 2024: Protein seperti makanan ruji, ketahui diet harian atlet Olimpik


  • Sihat
  • Selasa, 13 Ogos 2024

Makanan di Olimpik Paris 2024 kali ini mengetengahkan hasil pertanian Perancis, seperti hasil tenusu. — Gambar hiasan/Agensi

SETIAP empat tahun, sukan Olimpik akan disiarkan di televisyen untuk tontonan peminat sukan di seluruh negara.

Di sebalik semangat kesukanan dan daya saing yang ditonjolkan, pasti ramai tertanya-tanya apakah bentuk makanan yang diambil oleh para atlet Olimpik.

Manakan tidak, untuk memenangi satu-satu pingat, mereka perlu mengambil diet tertentu bagi menyokong kepantasan, kekuatan dan ketepatan yang diperlukan dalam kejohanan sengit bertaraf dunia itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Orang kedua terkaya di dunia, Gautam Adani boleh jadi contoh teladan usahawan Malaysia

BACA LAGI: Harumkan nama Malaysia, politeknik di mata dunia, pensyarah tidak mahu Izzul Zafran 'hanyut'

Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi nutrisi atlet Amerika ditentukan oleh Jawatankuasa Olimpik & Paralimpik Amerika Syarikat (USOPC).

Bergantung kepada jenis sukan, pakar diet menentukan jenis makanan yang sesuai berdasarkan kepakaran saintifik.

Meskipun keperluan kalori atlet ini jauh lebih tinggi berbanding orang biasa, namun jenis makanan yang disarankan untuk sukan berintensiti tinggi hampir sama seperti orang biasa.

Pinggan makanan mereka dibahagikan kepada tiga bahagian, dan ia bergantung kepada jenis latihan, aktiviti atau pertandingan yang mereka lakukan pada hari itu.

Namun, bahagian makanan yang akan kekal atau wajib ada ialah protein tanpa lemak seperti ikan, ayam, daging, telur, soya, kekacang dan makanan tenusu.

download (2)

Bahagian makanan yang akan kekal dalam pinggan seseorang atlet ialah protein tanpa lemak seperti ikan, ayam, daging, telur, soya, kekacang dan makanan tenusu. — Gambar hiasan/Agensi

Saiz pinggan atlet berbeza bergantung kepada jenis berat dan sukan, bahagian protein hendaklah satu perempat daripada jumlah itu.

Manakala untuk sayur-sayuran dan buah dikhaskan pada hari latihan yang mudah.

Pada hari senaman sederhana, ia mengecil kepada satu pertiga berbanding satu perempat pada hari latihan berintensiti tinggi atau hari pertandingan.

Bahagian makanan yang akan meningkat bergantung kepada intensiti aktiviti yang dilakukan oleh seseorang atlet, seperti pasta, nasi, kentang, bijirin, roti dan kekacang.

Bahagian buah juga berubah apabila intensiti aktiviti meningkat.

Karbohidrat (gula dan kanji yang berada dalam buah, bijirin dan sayuran berkanji) menyumbang kepada latihan intensiti tinggi dan acara ketahanan yang berpanjangan, kata pakar diet.

Karbohidrat adalah bahan utama untuk otak dan otot, maka ia membantu sewaktu latihan berat dan pertandingan.

Selain susu yang diperkaya dengan kalsium dan membekalkan karbohidrat yang diperlukan untuk pertandingan, pasukan Amerika Syarikat juga menyaraknkan air, jus, kopi dan juga teh.

Atlet yang bertanding dalam pertandingan berat juga ada kalanya memerlukan minuman sukan untuk menambah natrium dan elektrolit lain. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram