SALAH seorang daripada lima mangsa bot regata karam di Sungai Sarawak, Kuching yang berlaku pada Jumaat didapati tidak pandai berenang.
Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, 23, merupakan mangsa yang tidak mahir berenang menurut bapa saudaranya iaitu Mohd Ridzuan Aban, 64.
Malah, bukan saja tidak pandai berenang, tetapi Khairul Hisyam juga didapati tidak menggemari melakukan aktiviti air.
BACA LAGI: [VIDEO] Tiga kali selaman, 5 mangsa tragedi bot karam masih gagal ditemukan di Sungai Sarawak
BACA LAGI: Lima peserta Regata Sarawak dikhuatiri lemas, bot karam ketika latihan di Kuching
Menurut Ridzuan, dia hanya mengetahui anak saudaranya menyertai acara regata itu selepas mendapat khabar yang Khairul Hisyam merupakan mangsa bot karam tersebut.
"Saya cuma tahu yang Khairul menyertai acara itu selepas menerima berita sedih tersebut. Dia tiada ada sejarah bermain perahu serta tidak biasa dengan aktiviti air. Jadi, saya amat terkejut yang dia menyertai acara itu kerana dia tidak pandai berenang.
"Acara regata itu adalah yang pertama untuknya dan latihan pada Jumaat merupakan latihan ketiganya. Jika saya dapat tahu yang dia menyertai acara itu, saya akan awal-awal lagi halang kerana ia adalah sukan berisiko tinggi, lagi-lagi apabila dia tidak pandai berenang," ujar Ridzuan.
Lebih memilukan, kejadian kehilangan Khairul Hisyam detik sukar kedua yang dihadapi oleh Ridzuan dalam tempoh sebulan.
Sebelum itu, adik kepada Ridzuan dan ibu Khairul meninggalkan dunia 20 hari sebelum mangsa didapati hilang.
"Tidak lama sebelum itu, kami mengalami detik sukar apabila ibu mangsa dan saya kehilangan adik kami dalam 20 hari yang lalu. Dan sekarang, tragedi ini membuatkan kami kehilangan orang tersayang buat kali kedua dalam sebulan.
"Tunang Khairul begitu terkejut sehingga pengsan dan dia cuma mampu memegang bajunya saja," ujar Ridzuan.
Selain Khairul Hisyam, empat lagi mangsa yang hilang adalah Mohamad Ikhmal Sama’ail, 34, Majurie Maharuf, 32, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26, dan Mohamad Khairul Bidin, 26. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram