MAYAT kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun ditemui di sebuah pantai dekat Lahad Datu, Sabah pada Ahad.
Namun begitu, penemuan tersebut tidaklah dalam keadaan lazim kerana mayat tersebut dijumpai tidak lengkap dengan beberapa bahagian sahaja dikesan.
Pegawai Hidupan Liar Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, mayat tersebut dipercayai kanak-kanak yang dilaporkan hilang pada hari yang sama.
BACA LAGI: SPRM geledah ‘safe house’ ahli politik di Kuala Lumpur, jumpa wang RM5 juta
Menurutnya, kanak-kanak tersebut menjadi mangsa kepada serangan buaya di Pantai Sinakut, Felda Sahabat 6, Lahad Datu.
"Mayat tidak lengkap yang dijumpai sekitar 7.45 pagi itu tidak jauh daripada kawasan kanak-kanak tersebut kali terakhir dilihat (sebelum hilang).
"Kami sedang menyiasat insiden ini dan mayat tersebut dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk tindakan lanjut," kata Silvester.
Kanak-kanak tersebut dikatakan sedang bersama keluarganya untuk percutian singkat dan dia menghabiskan masa berkelah dan berenang di pantai sebelum insiden berlaku.
Dia didapati bermain bersama-sama rakan dan saudara-maranya sebelum dilaporkan hilang. — The Star/STEPHANIE LEE
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram