'Last jumpa awal bulan hari itu je', Irfan Zakaria masih menanti Kedah lunaskan gaji tertunggak


  • Podium
  • Isnin, 02 Sep 2024

Irfan (kiri) masih menantikan gajinya yang belum tiba.

DERITA masih menanti pemain-pemain Kedah Darul Aman FC apabila urusan gaji mereka nampaknya masih belum selesai.

Masalah gaji melibatkan Kedah dianggap ibarat rahsia terbuka apabila ramai penyokong bola sepak tempatan mengetahuinya.

Malah, pemain juga secara terbuka memberikan isyarat yang gaji mereka masih belum diselesaikan oleh pengurusan kelab.

BACA LAGI: [VIDEO] Hilang Habib Haroon ke Bahrain, Kedah bakal terima khidmat bekas anak didik Nafuzi Zain

BACA LAGI: Pemergian Habib jadi signal KDN, Negeri Sembilan, Pahang sedia sambar 3 permata Kedah

WhatsApp Image 2024-09-02 at 19.42.29

Tangkap layar di Instagram Irfan mengenai masalah gaji.

Terkini, pemain pertahanan Sang Kenari, Irfan Zakaria memberikan isyarat mengenai permasalahan gaji Kedah yang belum lagi selesai.

Di media sosialnya, Irfan berkongsikan sebuah imej karikatur sedang mencari gaji yang tidak kunjung tiba.

"Last jumpa awal bulan hari itu je," tulis mesej dalam karikatur tersebut.

Jelas sekali, bukan Irfan saja, malah pemain-pemain Kedah lain masih terjejas dengan isu kewangan melibatkan kelab.

Ditambah dengan liga berehat selama tiga minggu untuk aksi bola sepak antarabangsa, ia menyukarkan Kedah untuk memperoleh pendapatan terutamanya menerusi hari perlawanan.

Kedah akan turun menentang Kuala Lumpur City FC di Cheras pada 14 September sebaik saja liga kembali bersambung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram