[VIDEO] Pemanah India tanpa lengan skor 'perfect 10' di pentas Paralimpik


  • Podium
  • Isnin, 02 Sep 2024

Devi (kiri) mencuri tumpuan dengan panahan tepatnya di Sukan Paralimpik 2024.

SAMA seperti Sukan Olimpik, Sukan Paralimpik juga mengumpulkan pelbagai bintang sukan dari seluruh dunia dengan edisi 2024 di Paris, Perancis juga tidak kurang hebatnya.

Sukan Paralimpik 2024 menyaksikan munculnya wira baharu dalam pelbagai sukan dengan atlet memanah dari India, Devi mencuri tumpuan.

Atlet paralimpik muda berusia 17 tahun itu mencuri tumpuan apabila melakukan panahan perfect 10 ketika bertemu wakil Chile, Mariana Zuniga.

BACA LAGI: Eddy Bernard teruskan legasi Dek Wan, raih pingat pertama Paralimpik Paris

BACA LAGI: Paralimpik 2024: Aksi 'terbang' atlet para India curi tumpuan dunia

Beraksi dalam pusingan 16 terbaik, Devi yang beraksi dalam kategori compound wanita mencuri tumpuan dunia apabila panahan pertamanya ketika bertemu Zuniga terus menuju ke angka pefect 10.

Panahan tersebut mencetuskan sorakan gemuruh daripada penyokong yang hadir ke Les Invalides, Paris untuk menyaksikan acara tersebut.

Lebih menarik apabila panahan sempurna tersebut dilakukan oleh Devi yang tidak mempunyai lengan sejak daripada lahir.

Walaupun bermula dengan baik, tetapi Devi kemudiannya kecundang kepada Zuniga dengan pemanah India itu kalah dengan satu mata menerusi keputusan 137-138.

Namun begitu, Devi masih lagi mempunyai peluang untuk memburu pingat dalam acara berpasukan campuran bersama-sama Rakesh Kumar.

Untuk rekod, Devi merupakan pemenang tiga pingat di Sukan Para Asia di Hangzhou, China pada 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram