ATLET paralimpik olahraga kebangsaan, Wong Kar Gee terpaksa akur apabila terlepas pingat gangsa dalam acara lompat jauh kategori lelaki T12 (kecacatan penglihatan) pada Sukan Paralimpik 2024 pada Isnin.
Memetik laporan Buletin TV3, Kar Gee terlepas pingat gangsa selepas dipintas oleh atlet Argentina, Fernando Vazquez dengan perbezaan sekadar 0.03 meter antara mereka.
Lebih menyakitkan, Vazquez memintas Kar Gee pada lompatan terakhir dengan mencatatkan bacaan 6.88 meter manakala Kar Gee memperoleh 6.85 meter.
BACA LAGI: [VIDEO] Pemanah India tanpa lengan skor 'perfect 10' di pentas Paralimpik
BACA LAGI: Eddy Bernard teruskan legasi Dek Wan, raih pingat pertama Paralimpik Paris
Rekod yang dicatatkan oleh Kar Gee di Paris jauh lebih rendah berbanding dengan rekod peribadinya. Sebagai rekod, rekod atlet kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu mencatatkan lompatan sejauh 7.06 meter.
Catatan tersebut itu dilakukan pada 2019 apabila Kar Gee menjadi naib juara kejohanan dunia yang diadakan di Dubai, Emeriah Arab Bersatu.
Acara lompat jauh di Paris itu menyaksikan atlet Azerbaijan, Said Najafzade meraih pingat emas dengan mencatatkan lompatan sejauh 7.27 meter.
Manakala, pingat perak pula dibawa pulang Donior Saliyev dari Uzbekistan dengan catatan lompatan sejauh 7.16 meter. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram