Kaki 'gentel' dan penuh stamina antara kekuatan bintang import baharu Penang


  • Podium
  • Jumaat, 30 Ogos 2024

Denzel-Halls memenangi 'treble' bersama Central Coast Mariners pada musim terakhirnya di Australia.

PENANG FC dilaporkan akan membawa masuk pemain penyerang baharu dari Australia iaitu Dylan Wenzel-Halls.

Direkrut daripada Central Coast Mariners, penyerang berusia 27 tahun itu dilihat sebagai harapan untuk membaiki ketumpulan barisan serangan Penang yang bermasalah sejak awal musim.

Kehadirannya seharusnya menimbulkan keterujaan penyokong kerana dia mempunyai kualiti tersendiri yang boleh memberi manfaat kepada keseluruhan skuad.

BACA LAGI: Ucap selamat tinggal, hati-hati dengarnya 'budak baik' Australia semakin hampir sertai Penang

BACA LAGI: Atasi ketumpulan serangan, Harimau Kumbang buru pemenang Piala AFC

Seorang kaki 'gentel'

Salah satu daripada kekuatan permainan yang dimiliki oleh Denzel-Halls adalah kualiti gelecekan.

Kualiti tersebut hadir daripada kekuatan Denzel-Halls sebagai pemain futsal. Untuk rekod, Denzel-Halls memulakan kariernya sebagai pemain futsal sebelum bergerak menjadi pemain bola sepak.

457264464_18308839837089332_1137087492787144448_n

Denzel-Halls (jersi kuning) dianggap seorang yang hebat menggelecek.

"Sepanjang hidup saya, saya bermain futsal dari umur lima tahun hingga sekarang. Saya percaya ia dapat membantu menaikkan kemahiran dan keyakinan ketika melakukan take on apabila berdepan pemain lawan," kata Denzel-Halls.

Oleh itu, ia pasti akan menjadikan Denzel-Halls sebagai seorang penyerang yang mempunyai kualiti gelecekan yang baik serta mampu mengucar-kacirkan pihak lawan.

Tangki stamina yang besar

Selain merupakan seorang kaki 'gentel', Denzel-Halls turut dikenali sebagai pemain yang mempunyai kadar stamina tinggi.

Sentiasa bertenaga di atas padang, Denzel-Halls mampu untuk membantu menggerakkan pasukan terutamanya di penghujung permainan semasa semuanya sudah keletihan.

Sama ada dimasukkan sebagai pemain utama atau gantian, pastinya Denzel-Halls boleh memberikan masalah kepada pihak lawan.

Sudah pasti, Akmal Rizal mempunyai perancangan khas bagaimana hendak menggunakannya apabila diturunkan.

Semangat berpasukan tinggi

Satu lagi kelebihan dalam permainan Denzel-Halls adalah semangat kerjasamanya yang tinggi.

Bola sepak merupakan permainan berpasukan, walaupun kemahiran individu boleh memberikan perbezaan antara dua pasukan, tetapi kerjasama antara pemain tetap paling utama.

452119415_18304255072089332_3958019042872339393_n

Denzel-Halls dianggap sebagai pemain yang mempunyai teladan baik menurut jurulatih Mariners, Mark Jackson.

Di sini, Denzel-Halls merupakan seorang pemain yang mempunyai teamwork yang tinggi yang boleh memberikan kelebihan kepada Penang.

Jika di atas padang dia mempunyai kualiti sebegitu dengan baik, semestinya di dalam bilik persalinan, Denzel-Halls tiada masalah untuk menyesuaikan diri bersama skuad Harimau Kumbang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram