Saiz ibarat pelajar darjah 6, ibu bapa desak penganjur futsal pra-sekolah di Sabah 'check' gigi ketahui usia sebenar pemain


  • Podium
  • Khamis, 29 Ogos 2024

Saiz pemain dalam jersi biru jauh lebih besar dengan pemain jersi merah dalam satu kejohanan futsal pra-sekolah di Sabah baru-baru ini.

TIMBUL rasa tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa apabila mereka menghantar anak-anak mereka ke sebuah kejohanan futsal peringkat pra-sekolah.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Sabah, terdapat pertikaian dalam kalangan ibu bapa yang kecewa kerana berlaku ketidakadilan melibatkan peserta bertanding.

Memetik siaran Suara Sabah Today, tular pendedahan mengenai berlakunya penipuan dokumen bagi peserta bertanding.

BACA LAGI: Clean sheet berdepan Nepal, ketangkasan keeper Sabah bukti layak jadi GK kebangsaan

BACA LAGI: [VIDEO] Import Thailand suntikan semangat Sabah Mountaineers, pasang impian layak ke STL Premier

Timbul dakwaan yang mengatakan terdapat sesetengah pemain yang bermain sudah melebihi umur ditetapkan. Ia dapat dilihat menerusi perbezaan ketara antara pasukan mengenakan jersi berwarna biru gelap dengan pasukan dalam jersi merah.

Semakan menggunakan dokumen kelahiran sahaja tidak mencukupi, sebaliknya penganjur digesa melakukan pemeriksaan dengan cara lain seperti melihat kepada bilangan gigi peserta.

"Mohon pihak yang mengurus kejohanan pra-sekolah peringkat negeri untuk melihat perkara ini. Selain dokumen surat beranak mohon periksa jumlah gigi mereka. Sesuaikah (dengan) umur mereka 5-6 tahun?

"Saiz macam pelajar darjah 6 lawan budak pra-sekolah," luah kekecewaan ibu bapa.

Sebagai rekod, lazimnya jumlah gigi bagi seorang kanak-kanak adalah sebanyak 20 batang.

Ibu bapa yang meluahkan perkara tersebut seolah-olah tertipu dengan apa yang mereka hadapi kerana selepas berusaha keras sewaktu latihan, para pemain sebenarnya berdepan lawan lebih berusia.

"Bayangkan rasa kecewa ibu bapa dan guru yang melatih anak murid mereka untuk bersaing dengan umur dan saiz yang lebih kurang tetapi rupanya bersaing dengan budak saiz darjah 6?" soal ibu bapa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram