[VIDEO] Hilang Habib Haroon ke Bahrain, Kedah bakal terima khidmat bekas anak didik Nafuzi Zain


  • Podium
  • Selasa, 27 Ogos 2024

Pemain Terengganu meraikan jaringan Hakimi Abdullah (tengah) ketika menewaskan JDT pada 2021.

MUSIM 2024/2025 bukan tahun terbaik buat Kedah Darul Aman (KDA) FC apabila setakat ini skuad Hijau Kuning masih belum menemui solusi tepat untuk menyelesaikan masalah kewangan dihadapi sejak musim lepas.

Dari hanya menyarung jersi pra-musim untuk beberapa perlawanan awal sehingga kini sudah mendapat kit rasmi mereka, Kedah masih belum belum menemui penaja utama untuk membantu mengukuhkan kewangan mereka.

Masalah kewangan yang berlaku itu jelas merosakkan ekosistem gergasi Utara tanah air itu apabila bintang utama mereka memutuskan untuk meninggakan Kedah pada jendela perpindahan kedua ini.

BACA LAGI: Cemerlang bersama Terengganu FC, Akhyar Rashid tanya Eyka Farhana ‘kita bila lagi?’

BACA LAGI: [VIDEO] 'Baik tak ada daripada ada', fans berang KDN FC terus dihimpit kekalahan

Pemain itu ialah Habib Haroon selepas sudah mengucapkan salam perpisahan bersama pasukan dan akan menyertai kelab Sitra yang kini beraksi di liga utama Bahrain.

Dengan khabar berita itu ia sekali gus akan memberikan kerugian buat Kedah kerana umum mengetahui Habib merupakan arkitek utama taktikal 'Nafuzi Ball' di kem Sang Kenari.

Perpindahan ke Liga Bahrain bukan perkara asing buat Habib kerana dia sebelum ini juga mewakili beberapa kelab di negara kelahirannya itu.

Habib pernah mewakili dua kelab Liga Bahrain iaitu Al-Riffa SC dan Al-Khaldiya SC sebelum menyertai Terengganu pada musim 2021.

Namun begitu, penyokong Hijau Kuning mungkin boleh menghela nafas lega selepas dikhabarkan seorang pemain Terengganu FC akan menyertai kem Nafuzi Zain menjelang jendela perpindahan kedua nanti.

Pemain itu ialah Muhammad Hakimi Abdullah yang sebelum ini sudah pun mengucapkan selamat tinggal buat pasukannya.

Keputusan itu dinyatakan pemain sayap berusia 24 tahun itu menerusi satu kenyataan di Instagram Story miliknya.

Hakimi mengambil keputusan untuk meninggalkan Terengganu selepas musim ini jarang mendapat tempat dalam skuad Tomislav Steinbruckner.

Jika benar Hakimi bakal menyertai Kedah ia bagai tonik tambahan buat Sang Kenari kerana dia merupakan nama penting dalam kebangkitan Nafuzi di Pantai Timur.

Bersama Nafuzi di Terengganu, Hakimi telah tampil dalam 26 perlawanan dan menjaringkan enam gol serta dua bantuan jaringan buat Sang Penyu.

Jaringan yang paling epik Hakimi bersama Nafuzi ialah ketika menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada 24 April 2021.

Jika perpindahan ini berlaku adakah Kedah akan kembali bangkit seperti mana dilakukan Hakimi bersama Nafuzi di Terengganu? Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram