Insiden jenayah babitkan Faisal, Akhyar cetus kegusaran pemain — PFAM


  • Podium
  • Isnin, 06 Mei 2024

Insiden membabitkan dua pemain bola sepak negara, Akhyar Rashid dan Faisal Halim mencetuskan kegusaran terhadap keselamatan pemain bola sepak profesional di negara ini.

INSIDEN membabitkan dua pemain bola sepak negara, Akhyar Rashid dan Faisal Halim mencetuskan kegusaran terhadap keselamatan pemain bola sepak profesional di negara ini.

Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) berharap agar individu tidak bertanggungjawab itu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal.

"Insiden melibatkan Akhyar dan Faisal membuatkan keselamatan pemain terancam dan menimbulkan kegusaran terhadap pemain bola sepak profesional di Malaysia.

BACA LAGI: Faisal Halim kena simbah asid di pusat beli belah

BACA LAGI: [VIDEO] Akhyar kena samun di Kuala Terengganu, dipercayai kena pukul dengan cota

"PFAM berharap individu yang tidak bertanggungjawab ini dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal supaya kejadian sebegini tidak berlaku pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Majoriti pada Ahad melaporkan, Faisal yang juga penyerang Selangor FC disimbah asid oleh individu yang tidak bertanggungjawab di sebuah pusat beli-belah di Damansara.

Pemain yang lebih dikenali sebagai Mickey itu dilaporkan mengalami kecederaan di badan, tangan dan muka akibat simbahan itu dan baju yang dipakainya turut kelihatan cair akibat kesan bahan berbahaya itu.

Sementara itu, Akhyar pada minggu lalu pula diserang menggunakan cota selepas pulang dari sesi latihan bersama Terengganu FC di Kuala Terengganu sehingga menerima beberapa jahitan di kepala dan kaki. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram