Gara-gara tak cukup duit ganti pemadam, budak perempuan 9 tahun 'rela dirogol' rakan sebaya


  • 112
  • Isnin, 06 Mei 2024

Budak perempuan itu dikatakan mematahkan pemadam rakan dan tidak cukup wang untuk menggantikannya dengan pemadam baharu. — Gambar hiasan

SIAPA sangka, hanya gara-gara tidak berkemampuan untuk menggantikan pemadam rakannya, seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun bersetuju untuk mengadakan hubungan seks bersama rakan-rakan lelaki seusianya.

Kisah pelik tapi benar itu didedahkan sendiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika berlangsungnya forum Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2024 (IRC) pada Selasa.

Memetik laporan media tempatan, Mohd Shuhaily berkata, budak perempuan itu dikatakan mematahkan pemadam rakan dan tidak cukup wang untuk menggantikannya dengan pemadam baharu.

BACA LAGI: [VIDEO] Mangsa maut tersepit antara 2 lori baru bertunang, patut berkahwin Disember ini — Rakan

BACA LAGI: [VIDEO] Rebah ketika rukuk, pensyarah meninggal dunia masa imamkan solat Subuh di masjid Sulawesi Selatan

Mohd Shuhaily bagaimanapun memaklumkan, tiada kes difailkan memandangkan kisah kanak-kanak tersebut disifatkan tiada liabiti jenayah.

“Kanak-kanak itu sendiri bersetuju (rogol berkumpulan) bersama dua rakannya berusia sembilan dan 10 tahun kerana tidak mempunyai wang untuk menggantikan pemadam.

“Jadi memandangkan semua yang terlibat berusia bawah 10 tahun, tiada kes difailkan, kerana tiada liabiliti jenayah," katanya.

Ujar beliau, timbalan pendakwa raya juga telah dirujuk, namun tiada bukti yang dikemukakan.

“Kejadian itu berlaku tahun lalu dan kami telah pun membuka kertas siasatan kerana bimbang ini merupakan sebahagian daripada trend generasi baharu,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata, secara umumnya, kes rogol menunjukkan peningkatan saban tahun termasuk yang membabitkan individu bawah umur.

"Kita boleh lihat (peningkatan) selepas pandemik Covid-19 kerana ramai orang berurusan melalui media sosial dan selepas ia berakhir, semuanya (kes) meningkat.

"Polis juga bimbang dengan kemudahan akses kanak-kanak kepada media sosial dan pornografi yang membawa kepada masalah sosial," katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan memandang serius peningkatan kes rogol membabitkan remaja bawah umur sejak beberapa tahun lalu.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementerian melaksanakan langkah pencegahan terhadap isu itu, termasuk kerjasama merentas kementerian dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) untuk melaksanakan advokasi berkaitan gangguan seksual.

Fadhlina Sidek (tegas) tegas menyatakan bahawa pihaknya melaksanakan langkah pencegahan terhadap isu gangguan seksual bawa umur di peringkat sekolah. — The Star

Antara langkah lain, katanya, ialah menambah nilai kepada garis panduan pengurusan gangguan seksual di institusi pendidikan serta latihan, termasuk penekanan kepada advokasi untuk semua guru.

"Di peringkat sekolah, kami mengesahkan pengurusan anti-gangguan seksual, proses, aduan dan tindakan yang mesti diambil segera sebaik guru menyedari kejadian itu.

"Sebab itu saya berpendapat komitmen semua pihak termasuk ibu bapa adalah penting, bagi memastikan keluarga itu selamat.

"Keluarga mesti selamat dahulu, kemudian di peringkat sekolah biasanya kita akan menjadi tempat untuk mendapatkan aduan itu," katanya menurut laporan media.

Justeru, Fadhlina berkata beliau percaya persediaan di peringkat sekolah amat penting terutama dalam melatih guru dan juga kesedaran yang perlu ada dalam kalangan guru selain tidak berkompromi dalam isu berkenaan dan pelaku terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram