Lebih 2 orang samun Akhyar Rashid — Polis


  • 112
  • Ahad, 05 Mei 2024

Akhyar mengalami kecederaan di kepala dipercayai menjadi mangsa samun dalam kejadian di Terengganu pada Khamis.

BERDASARKAN siasatan terbaharu polis mengenai kes samun pemain Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid, 25, yang diserang dua individu tidak dikenali dipercayai dilakukan lebih dari dua orang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor, dilaporkan berkata, ia berdasarkan keterangan yang dibuat oleh mangsa.

“Penyerang dipercayai lebih dari dua orang, mangsa melihat dua suspek keluar dari belakang kenderaan dan seorang dari depan," katanya.

BACA LAGI: Kastam Thailand tingkatkan denda 2 kali ganda kekang jualan e-rokok kepada remaja

2676069

Akhyar parah selepas disamun dua lelaki tidak dikenali pada Khamis.

Mangsa dalam kenyataannya memberitahu polis, suspek menaiki kereta jenis Honda City berwarna gelap.

Jelasnya lagi, hasil pemeriksaan dari kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan atau jalan yang dilalui suspek, polis tidak menerima sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan.

"Kita telah mengatur pasukan khas dan membuat pemeriksaan CCTV di kawasan yang disyaki dilalui oleh suspek dan setakat ini kita tiada maklumat yang dapat mengesan suspek.

"Siasatan masih diteruskan dan saya minta orang ramai tidak membuat persepsi dan spekulasi tentang penglibatan mangsa di dalam lain-lain kes," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, dua saksi awal kejadian iaitu kakak dan seorang pekerja syarikat penghantaran makanan telah dipanggil bagi membantu siasatan.

BACA LAGI: Tiada keputusan muktamad pemotongan subsidi diesel — PM Anwar

Sebelum ini, mangsa yang juga pemain bola sepak kebangsaan itu tiba di kawasan kediamannya selepas selesai sesi latihan bola sepak di stadium di Gong Badak, Kuala Nerus.

Suspek yang memakai ‘mask’ dan menutup kepala dengan baju hoodie, memukul mangsa menggunakan besi yang boleh laras.

Mangsa kehilangan beg tangan berharga kira-kira RM4,000, dompet bernilai RM800, kad pengenalan dan lesen memandu, dengan jumlah kerugian lebih RM4,800.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram