[VIDEO] Akhyar kena samun di Kuala Terengganu, dipercayai kena pukul dengan cota


  • Podium
  • Khamis, 02 Mei 2024

Tangkap layar memaparkan Akyar yang dilihat berada di hospital.

PEMAIN pinjaman Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid dilaporkan mengalami kecederaan di kepala gara-gara menjadi mangsa samun dalam kejadian di Terengganu.

Difahamkan, pemain pinjaman dari kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu disamun di Tanjung, Kuala Terengganu pada 9 malam, Khamis.

BACA LAGI: Pramusim di Sepanyol beri peluang 3 bintang JDT termasuk Nazmi Faiz kembali menyengat di Liga Super 2024

Rakaman Akhyar yang sedang menunggu menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Sultanah Nur Zahirah tular di laman penyokong Terengganu FC.

Akhyar yang kelihatan berkerusi roda dipercayai mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul dengan cota sebanyak dua kali, berdasarkan perkongsian ciapan akaun X Bola Sepak Terengganu.

Dalam pada itu, difahamkan, kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah kondominium di Kuala Terengganu.

Akhyar, yang baru saja turun dari kereta dipukul dengan senjata oleh suspek yang tidak dikenali.

BACA LAGI: Hasil didikan akademi JDT, 'Haaland Keningau' wakili Malaysia ke kejohanan Asean B-16

WhatsApp Image 2024-05-02 at 22.50.20

Akhyar ditenangkan oleh kakaknya, Rashidah (kanan) dan dua lagi kenalannya.

Suspek turut merampas dompet dan telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri.

Menerusi rakaman itu, Akhyar yang juga bergelar pemain sayap Harimau Malaya turut ditemani kakaknya, Rashidah Rashid dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Turut kelihatan menemaninya di hospital ialah teman wanitanya iaitu selebriti tanah air, Eyka Farhana.

Akhyar baru menyambut hari kelahirannya yang ke-25 pada Rabu.

Setakat ini, belum ada laporan daripada pihak polis berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram