[VIDEO] Rebah ketika rukuk, pensyarah meninggal dunia masa imamkan solat Subuh di masjid Sulawesi Selatan


  • Benua
  • Ahad, 05 Mei 2024

Tangkap layar memaparkan kejadian Mujahid menghembuskan nafas terakhirnya ketika mengimamkan solat subuh pada pagi Ahad. — Agensi

SEORANG tenaga pengajar di Institut Agama Islam Negeri Bone (IAIN Bone) di Selatan Sulawesi, Indonesia menghembuskan nafas terakhirnya ketika mengimamkan solat subuh pada pagi Ahad.

Kejadian yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) Masjid Agung daerah Takalar itu turut dikongsikan di media sosial pada hari yang sama.

Berdasarkan video berkenaan, Mujahid Said yang juga seorang ulama di Sulawesi Selatan dilihat rebah di atas sejadah ketika rukuk sebelum meninggal dunia sewaktu menjadi imam.

BACA LAGI: [VIDEO] Anak penjual daging kambing bunuh, kerat isteri dedah suspek terbeban masalah kewangan — Polis

BACA LAGI: Usah percaya gambar internet, cek tunggakan, ejen hartanah kongsi tip beli rumah lelong

Pengurus Cawangan Nahdlatul Ulama (PCNU), Firman Ahmad dilaporkan berkata, kejadian itu agak mengejutkan kerana setahu mereka, Mujahid masih sihat dan tidak mempunyai sejarah penyakit.

"Setahu saya, dia sihat dan masih lagi aktif mengajar di kampus IAIN Bone," katanya.

WhatsApp Image 2024-05-05 at 17.59.27

Ujar Firman, Allahyarham merupakan pensyarah dan juga penasihat PCNU bagi daerah Bone, iaitu sebuah pertubuhan Islam yang terbesar di Indonesia.

"Di Takalar dia juga menganggotai Dewan Hakim Majelis IV Cawangan Hifzh Al-Quran Kumpulan 1 Juz dan Tilawah, 5 Juz dan Tilawah MTQ Peringkat Provinsi Sulawesi Selatan.

“Allahyarham ialah panel hakim di sana (Takalar),” katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram