Haziq Nadzli padam impian Sony Norde jadi hero Sang Kenari


  • Podium
  • Sabtu, 27 Apr 2024

Haziq beraksi dengan cemerlang untuk memastikan skuad TBG dapat meraih keputusan cemerlang dalam aksi persahabatan. — Facebook/Perak FC

HASRAT Kedah Darul Aman (KDA) FC kembali bangkit dalam sesi pramusim kali ini gagal selepas mereka mengalami satu lagi episod kekalahan 0-1 kepada Perak FC pada Sabtu, kurang seminggu apabila tewas 0-3 kepada Penang FC dalam satu lagi aksi pemanas badan pada 21 April lalu.

Permainan yang sedikit perlahan daripada kedua-dua pasukan pada babak pertama menyaksikan kedudukan kekal tanpa jaringan selepas 45 minit berlangsung.

Bagaimanapun, memasuki separuh masa kedua, skuad The Bos Gaurus (TBG) yang beraksi di laman sendiri kelihatan lebih berani dalam melakukan asakan demi asakan.

Usaha itu membuahkan hasil apabila pada minit ke-59 permainan, bek tengah KDA FC, Cleyton Santus menghadiahkan sepakan penalti buat pasukan kendalian Yusri Che Lah.

Kapten Perak FC, Luciano Guaycochea kelihatan tenang dalam situasi itu apabila mudah menewaskan penjaga gol lawan, Kalamullah Al-Hafiz untuk meletakkan mereka di hadapan.

BACA LAGI: KL City dah selesai, kes FIFA KDA FC apa cerita?

438240087_471106125270570_3649365215241850293_n

Sony pastinya kecewa kerana gagal mengambil peluang keemasan yang terhidang. Facebook/KDA FC

BACA LAGI: 'Ada gaya De Paula, lebih dari Bergson,' Milos Gordic mula dicanang pencabar Kasut Emas

Perlawanan kemudiannya berlangsung secara hangat daripada kedua-dua pasukan, terutamanya skuad Sang Kenari yang mengejar jaringan untuk mengikat kedudukan.

Penantian itu hampir menemui penghujungnya selepas penalti diberikan buat pasukan pelawat setelah pemain simpanan, Fadzrul Danel dikasari Nik Umar Nik Aziz pada masa kecederaan.

Namun, peluang tersebut gagal disambar selepas sepakan penyerang sayap, Sony Norde berjaya ditepis penjaga gol skuad TBG, Haziq Nadzli yang cukup yakin sepanjang 90 minit permainan.

Kekalahan berkenaan pasti sukar ditelan anak-anak buah Nafuzi Zain, terutamanya Sony yang gagal memberikan sebarang ancaman sepanjang 90 minit di atas padang.

Mereka pastinya mahu bangkit daripada keputusan mengecewakan itu apabila bakal beraksi dalam satu lagi perlawanan persahabatan menentang Penang FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram