Mudah ungguli 'El Clasico Malaya', fans Selangor enggan terbuai mimpi indah


  • Podium
  • Ahad, 21 Apr 2024

Skuad kendalian Nidzam Jamil itu pastinya berbangga dengan keputusan dicatatkan di tempat lawan. — Facebook/Selangor FC

KEPUTUSAN memberangsangkan sekali lagi dicatatkan Selangor FC dalam kempen pramusim kali ini apabila menewaskan skuad The Bos Gaurus (TBG) 3-2 di Stadium Perak, Ipoh pada Sabtu.

Gol daripada pemain lawan, Wan Zack Haikal tidak mematahkan semangat anak-anak buah Nidzam Jamil yang bangkit mengikat kedudukan menerusi jaringan Alvin Fortes pada babak kedua.

Lima minit berselang, giliran penyerang sayap, Faisal menghadiahkan gol buat skuad Gergasi Merah yang meletakkan mereka di hadapan.

Kelebihan digandakan perancang dari Venezuela, Yohandry Orozco pada minit ke-78 sebelum pemain import Perak FC, Lee Tae-min menjaringkan gol peribadinya.

BACA LAGI: Adam Adli 'terluka' aksi Luka lawan Selangor, hasrat TBG pikat striker baharu termakbul

439651797_18426931285006712_4654720909172223742_n

Faisal menjadi watak utama ketika membantu skuad Gergasi Merah meraih kemenangan. Facebook/Selangor FC

Kemenangan berkenaan pasti akan menyuntik semangat buat Selangor FC dalam misi mempertahankan kedudukan sebagai naib juara Liga Super seperti mana dicatatkan musim lalu.

Tetapi, bagi rata-rata penyokong kelab Lembah Klang itu, kejayaan dicatatkan dalam aksi 'El Clasico Malaya' itu masih belum cukup untuk menentukan prestasi pasukan selepas ini.

Bagi mereka, kelemahan dapat disaksikan ketika berdepan skuad TBG perlu dijadikan pengajaran, lebih-lebih lagi selepas benteng pertahanan dibolosi sebanyak dua kali.

"Permulaan yang kurang baik, fokus pertahanan dan bahagian tengah kerana masih lemah. Perlu ada pertahanan berkualiti. Menang 3-2 bukan keputusan baik buat Selangor," kata Muhammad Sad.

BACA LAGI: Tanpa Brendan Gan, Selangor beri bayangan kapten Gergasi Merah baharu

438868522_18426485038006712_3355199803458549355_n

Skuad Gergasi Merah akan berentap dalam Selangor Asia Challenge selepas ini. Facebook/Selangor FC

"Ia hanya satu perlawanan persahabatan, tiada apa-apa yang perlu dibanggakan. Keceriaan akan dapat dirasai selepas Liga Super bermula," komen Muthu Veerapaen.

"Kalau main begini ketika berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) nanti, memang susah nak menang. Pertahanan masih banyak perlu perbaiki," kata Rosdin Mohd Yusop.

Selepas ini, Selangor FC bakal meneruskan kempen pramusim dalam Selangor Asia Challenge (SAC) pada 26 sehingga 28 April di Stadium MBPJ, Selangor.

Mereka kemudiannya bakal berdepan skuad Harimau Selatan untuk merebut Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 10 Mei, yang juga merupakan aksi pembukaan Liga Super 2024/25. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram