BARU-BARU ini, enam pasukan Liga Super berada dalam senarai disekat menjalankan perpindahan pemain daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) termasuklah Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC.
Pengumuman berkenaan semestinya mencalarkan imej bola sepak negara yang sedang dalam usaha menjadi antara yang terbaik dalam kalangan pencabar lain.
Ia sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak apabila mereka sudah membawa masuk pemain baharu sejak jendela perpindahan dibuka.
Bagaimanapun, dalam perkembangan lain, KL City FC dilaporkan tidak berdepan sebarang masalah untuk mendaftarkan mana-mana pemain selepas pasukan itu sudah dibebaskan daripada sekatan pendaftaran pemain.
Menerusi laporan daripada akhbar tempatan, Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard mengesahkan bahawa sekatan pendaftaran pemain sudah ditarik balik oleh FIFA sendiri menerusi Sekretariat Umum FIFA dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
BACA LAGI: Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah — Hannah Yeoh
Skuad Sang Kenari difahamkan masih belum dibebaskan daripada sekatan pendaftaran pemain. — Facebook/KDAFC
BACA LAGI: Safawi belum capai standard — Tomi
Ketika ini, skuad The City Boys itu sudah membawa masuk beberapa pemain tempatan baharu seperti Brendan Gan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Nick Swirad dan S. Sharvin.
Meskipun begitu, tumpuan pastinya tertumpu kepada skuad Sang Kenari mengenai status sekatan pemain yang masih belum diketahui.
Difahamkan pasukan KDA FC dalam proses melangsaikan baki tunggakan gaji pemain namun belum ada sebarang pengumuman rasmi daripada pihak pengurusan pasukan tersebut.
Perkara tersebut dilihat menjadi isu apabila pada Rabu, skuad kendalian Nafuzi Zain itu sah membawa seorang lagi pemain tempatan yang mengisi kekosongan penjaga gol iaitu Wan Mohd Syazmin Wan Rozaimi dalam skuad berkenaan.
Semakan sebelum ini mendapati KL City FC mula dikenakan sekatan perpindahan pada 1 Februari lalu manakala KDA FC bermula 4 Mac. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram