HASRAT penyokong untuk menyaksikan ketibaan penyerang kelahiran Colombia, Wilmar Jordan ke bumi Perak nampaknya meleset apabila skuad The Bos Gaurus (TBG) dikhabarkan sudah menandatangani pemain dari Brazil.
Wajah baharu dimaksudkan ialah Clayton da Silveira, iaitu seorang penyerang tengah yang versatil kerana mampu beraksi di posisi pemain sayap kiri dan kanan bila diperlukan oleh pengendali pasukan.
Walaupun skuad Seladang belum mengumumkan secara rasmi kehadiran Clayton di laman media sosial rasmi namun Pengerusi XOX, Datuk Seri Abdul Azim Ahmad Zabidi sudah mengesahkan ketibaan penyerang baharu berkenaan.
Memetik laporan dari Utusan Malaysia, keputusan membawa masuk Clayton dibuat selepas Wilmar yang mewakili pasukan Punjab FC dalam Liga India hanya dapat pelepasan hujung Mei ini oleh majikannya.
Sebelum ini, penyerang berusia 33 tahun berkenaan difahamkan akan menyertai Perak FC secara rasmi pada Mac lalu setelah beraksi bersama pasukannya dalam saingan Liga Super India berdepan Odisha FC.
BACA LAGI: Belum sampai Perak lagi, tapi import Seladang siap-siap 'follow' 2 tulang belakang TBG
Wilmar sebelum ini dicanang akan menjadi penyerang baharu Perak FC. — Agensi
BACA LAGI: Pernah dedah mahu buru 'striker' tajam, import Colombia bakal gegarkan Perak FC
Tetapi, setelah hampir berminggu-minggu sejak perlawanan terbabit, Wilmar masih belum menyarung jersi skuad TBG sehinggalah pihak pengurusan mengumumkan kehadiran Clayton sebagai pengganti.
Jika dibuat perbandingan, statistik Wilmar jauh lebih meyakinkan daripada Clayton apabila penyerang bertubuh sasa itu menghasilkan lapan gol serta satu bantuan jaringan dalam 15 penampilan untuk Punjab pada musim 2023.
Manakala, Clayton pula sekadar mencetak satu gol dan satu hantaran bantuan dalam 10 perlawanan dia diturunkan bersama pasukan Hercilio Luz sejak dia menyertainya pada Ogos 2023 hingga April lalu.
Oleh itu, tidak hairanlah ramai penyokong menimbulkan persoalan adakah kehadiran bekas pemain skuad Bawah 23 (B-23) tahun Brazil itu sekadar rekrut tangkap muat untuk menyedapkan hati pemain ke-12 Perak yang rata-ratanya menunggu kehadiran penyerang import.
Namun, penilaian terhadap Clayton belum lagi boleh dibuat selagi pemain berusia 28 tahun itu tidak diberikan peluang untuk menunjukkan skil penyudahnya untuk mencari jaringan dan memimpin barisan serangan Perak musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram